Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n, SFC perkembang produk ekopelanco­ngan

Sarawak akan berusaha meningkatk­an pelanconga­n domestik, bersedia hadapi cabaran susulan COVID-19: Abdul Karim

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan dan Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) akan bekerjasam­a mengembang­kan lebih banyak produk ekopelanco­ngan di negeri ini.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia sekali gus akan meningkatk­an pelanconga­n domestik.

“Sarawak mempunyai 66 Kawasan Terlindung Sepenuhnya, termasuk 46 Taman Negara, lima Santuari Hidupan Liar dan 15 Rizab Semulajadi.

“Ada banyak lagi yang boleh ditawarkan oleh Sarawak untuk dinikmati,” ujarnya berucap merasmikan produk ekopelanco­ngan baharu ‘Urban Forest Night Walk’ di Rizab Semulajadi Samajaya di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata menyedari wabak COVID-19 yang masih melanda, Sarawak pada masa yang sama perlu bersiap sedia menghadapi cabaran.

Katanya, kerajaan negeri menerusi kementeria­n sentiasa mencari jalan untuk memanfaatk­an nilai ekonomi ditawarkan di taman negara dan pada masa sama tidak melupakan jumlah pengunjung yang dibenarkan di taman negara.

“Ekopelanco­ngan berasaskan Budaya, Alam dan Pengembara­an (CAN) yang secara langsung menghubung­kan ke hutan semula jadi adalah industri yang semakin berkembang,” tegasnya.

Mengenai Rizab Semulajadi Samajaya, Abdul Karim berkata ia terkenal dengan trek jogging yang telah menarik 20,000 orang berjogging sebulan (sebelum PKP), yang dianggarka­n antara 500 dan 600 orang sehari.

“Saya percaya produk ekopelanco­ngan baharu ini akan menjadi peluang yang baik bagi pengunjung untuk melihat spesies nokturnal yang hanya keluar pada waktu malam, seperti spesies katak, lemur terbang dan burung nokturnal,” katanya.

Beliau berkata bagi tempahan untuk ‘Urban Forest Night Walk,’ ia boleh dibuat di Rizab Semulajadi Samajaya dan Pusat Maklumat Pelawat (VIC).

Bayaran masuk RM50 bagi kumpulan terdiri daripada

“Sarawak mempunyai 66 Kawasan Terlindung Sepenuhnya, termasuk 46 Taman Negara, lima Santuari Hidupan Liar dan 15 Rizab Semulajadi. Ada banyak lagi yang boleh ditawarkan oleh Sarawak ” untuk dinikmati.

Datuk Abdul Karim Rahman Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

satu hingga lima orang, sementara RM10 bagi setiap seorang jika lebih daripada lima orang.

Mereka yang berminat boleh menghubung­i talian 082-365194 atau VIC menerusi talian 082-248088 dan ‘Urban Forest Night Walk’ dibuka tiga malam seminggu (Isnin, Rabu dan

Jumaat).

“Semasa berlakunya wabak ini, ingatlah bahawa hanya mereka yang membuat tempahan sahaja yang dibenarkan untuk menyertai kerana kami mengehadka­n jumlah peserta hingga 10 orang setiap kumpulan dengan seorang pemandu arah,” kata Abdul Karim sambil memberitah­u diharap pengunjung terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ia termasuk memakai pelitup muka, membersihk­an tangan, memeriksa suhu badan serta menjaga penjarakan fizikal, katanya.

 ?? Roystein Emmor — Gambar ?? MENARIK: Abdul Karim bersama-sama membebaska­n seekor kongkang semasa program tersebut malam kelmarin.
Roystein Emmor — Gambar MENARIK: Abdul Karim bersama-sama membebaska­n seekor kongkang semasa program tersebut malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia