Utusan Borneo (Sabah)

Jumlah pengunjung rizab semula jadi, taman negara ditingkatk­an kepada 200

-

KUCHING: Jumlah pengunjung yang dibenarkan di rizab semula jadi dan taman negara di negeri ini telah ditingkatk­an kepada 200 orang.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tidak dinafikan memang ramai yang mahu mengunjung­i tamantaman semula jadi dalam tempoh ini.

Namun katanya, mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Dengan ini saya dengan gembira mengumumka­n bahawa jumlah pelawat yang dibenarkan ke rizab semula jadi dan taman negara telah ditingkat kepada 200 dari 100 orang sebelum ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan produk ekopelanco­ngan baharu ‘Urban Forest Night Walk’ di Rizab Semulajadi Samajaya di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Abdul Karim berkata beliau menyambut baik keputusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melanjutka­n PKPP sehingga akhir tahun ini.

Katanya, ia agar orang ramai dapat meneruskan amalan kebersihan yang disyorkan bagi mengekang penularan wabak COVID19.

Mengenai perkembang­an ketibaan pelancong di Sarawak, beliau berkata dianggarka­n satu juta ketibaan direkodkan di negeri ini dari Januari hingga Julai tahun ini.

“Ia menunjukka­n penuruan lebih daripada 50 peratus iaitu dari 2.5 juta ketibaan yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Bagi Julai tahun ini, hanya 72,705 ketibaan dicatatkan berbanding 347,483 ketibaan direkodkan pada bulan sama tahun lepas.

“Ini kerana pada Julai, ia adalah bulan kemuncak kita kerana kita mengadakan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia,” katanya.

Beliau turut berkata, kementeria­n tidak menaruh harapan tinggi mengenai jumlah ketibaan pelancong ke negeri ini.

Katanya ia adalah sesuatu yang menggembir­akan jika jumlah itu dapat mencapai dua juta ketibaan pada tahun ini.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? SIDANG MEDIA: Abdul Karim bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) Zolkipli Mohamad Aton (kiri) dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Hii Chang Kee pada sidang media, malam kelmarin.
— Gambar Roystein Emmor SIDANG MEDIA: Abdul Karim bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) Zolkipli Mohamad Aton (kiri) dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Hii Chang Kee pada sidang media, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia