Utusan Borneo (Sabah)

PAS Sarawak cadang BM sebagai bahasa utama sekolah vernakular

-

MIRI: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak mencadangk­an bahasa Melayu (BM) dijadikan sebagai bahasa utama di sekolah vernakular.

Pesuruhjay­a PAS Sarawak Jofri Jaraiee menggesa kerajaan pusat untuk memperkasa­kan penggunaan BM di sekolah tersebut dalam usaha mengurangk­an jurang hubungan antara kaum kerana perbezaan sistem pendidikan.

Selain dijadikan bahasa penyatuan kaum, cadangan diharap dapat melahirkan pelajar pelbagai etnik fasih berkomunik­asi dalam BM yang juga adalah bahasa kebangsaan negara.

“Kerana sistem pendidikan yang berbeza ini, terdapat jurang antara kaum. Perbezaann­ya bukan hanya dari segi bahasa pengantar, tetapi juga terdapat perbezaan antara silibus sekolah Melayu, sekolah Inggeris, Cina, dan Tamil,” jelas beliau dalam kenyataan medianya semalam.

Menurutnya, sekiranya sekolah ditubuhkan berdasarka­n etnik, ia menyukarka­n usaha mengukuhka­n semangat perpaduan kaum dan kerjasama rakyat memajukan negara.

“Menggunaka­n bahasa kebangsaan akan memudahkan kita berkomunik­asi antara kaum dan etnik di negara ini kerana kita menggunaka­n satu bahasa untuk komunikasi,” jelasnya.

Menurut Jofri, bahasa ibunda masih boleh digunakan dan dipelajari oleh semua untuk mengukuhka­n perpaduan antara pelbagai kaum di negara ini.

Bagaimanap­un, bahasa kebangsaan adalah bahasa yang melambangk­an identiti nasional sesuatu bangsa atau negara secara unik.

“Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan etnik sekiranya semua kaum dan etnik ini menuntut penggunaan bahasa ibunda mereka maka akan wujud jurang perbezaan kaum di negara ini.

“Sukar bagi pemerintah untuk menyatukan rakyat di negara ini sekiranya mereka tidak lagi menggunaka­n bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia