Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan lanjut PKPP disifatkan sebagai wajar

-

SIBU: Majoriti bersetuju Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan berakhir pada 31 Ogos dilanjutka­n hingga hujung tahun ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen malam kelmarin mengumumka­n PKPP disambung semula bermula 1 September hingga 31 Disember depan.

Orang ramai yang ditemui menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berkenaan dan menyifatka­n keputusan itu sebagai wajar.

“Penularan COVID-19 di negara kita masih belum pulih sepenuhnya, di mana setiap hari kita masih merekodkan kes positif melibatkan penularan tempatan dan kes import.

“Jadi bagi saya, langkah meneruskan PKPP hingga hujung tahun adalah wajar dilakukan bagi memastikan penularan wabak yang telah meragut banyak nyawa ini dapat dibasmi sepenuhnya,” kata seorang penjawat awam, Suriati Mohamad, 40.

Bagi Madehi Hassim, 50, keputusan melanjutka­n tempoh PKPP ini akan memberi masa dan ruang lebih banyak kepada petugas barisan hadapan untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Beliau berkata, komitmen tinggi daripada petugas barisan hadapan akan memberi keyakinan kepada rakyat akan tahap keselamata­n mereka di tempat awam.

“Kita harus memastikan wabak ini benar-benar sudah tiada lagi barulah boleh kita mengisytih­arkan bebas atau menamatkan PKPP di negara ini.

“Sebab itu saya percaya, lanjutan PKPP ini adalah untuk memberi ruang kepada petugas barisan hadapan untuk mencapai sifar kes positif COVID-19 setiap hari yang mana masih belum kita capai lagi sehingga ke hari ini,” ujarnya.

Mohd Sufian Razali, 27, pula berpandang­an lanjutan tempoh PKPP harus datang bersama dengan bantuanban­tuan yang diperlukan oleh golongan yang terkesan.

“Masih ada insan di luar sana yang sehingga kini masih bergelut untuk memulakan kehidupan dalam keadaan norma baharu akibat terkesan dengan penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaa­n PKP.

“Kerajaan diharap dapat mengesan golongan seperti ini dan memberi bantuan sewajarnya sebelum berlakunya masalah sosial lain,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin dalam perutusann­ya turut memberitah­u dengan lanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkua­saan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 masih boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan.

Kerajaan mula melaksanak­an PKP pada 18 Mac lau bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Pada 4 Mei, Perdana Menteri kemudian mengumumka­n PKP Bersyarat (PKPB) yang lebih longgar dan PKPP mula dilaksana pada 10 Jun lalu.

 ??  ?? SURIATI
SURIATI
 ??  ?? MADEHI
MADEHI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia