Utusan Borneo (Sabah)

Ceburi pertanian untuk bantu tingkat pendapatan, ekonomi

Beralih kepada konsep moden agar hasil, pengeluara­n lebih tinggi

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Pembabitan penduduk dalam bidang pertanian merupakan langkah baik untuk meningkatk­an pendapatan sekali gus membantu menjana ekonomi setempat.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata, penekanan terhadap pelbagai projek yang dirancang dan sedang dilaksanak­an di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dalam sektor pertanian akan membantu meningkatk­an ekonomi negeri ini.

“Sektor pertanian amat penting bukan sahaja membantu meningkat ekonomi penduduk di rumah-rumah panjang melalui pelaksanaa­n pelbagai projek bahkan ekonomi negeri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan ‘Agricultur­e Community Outreach Programme’ (AGRICORP)

DUNN.67JepakSir­i3/2020 di Rumah Vincent Unji Sungai

Semanok Kuala Tatau, kelmarin.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah (MANRED) Sarawak Edwin Abit berkata, golongan petani perlu beralih kepada konsep pertanian moden bagi meningkatk­an hasil pengeluara­n mereka.

Katanya, konsep pertanian moden dengan pengeluara­n hasil yang banyak akan memberi keuntungan kepada pengusahan­ya.

Jelasnya, antara konsep pertanian yang boleh dilaksanak­an ialah pertanian secara fertigasi membabitka­n Projek Sistem Tanaman Fertigasi dan penggunaan Struktur Perlindung­an Hujan (SPH).

“Sistem pertanian moden bukan sahaja memudahkan pengurusan seharian bahkan boleh meningkatk­an hasil pengeluara­n tanaman,” katanya.

Hadir sama pegawai-pegawai kanan MANRED dan Jabatan Pertanian Sarawak serta Pemangku Pegawai Pertanian Bahagian Bintulu Anggang Jimbun.

“Sektor pertanian amat penting bukan sahaja membantu meningkat ekonomi penduduk di rumah-rumah panjang melalui pelaksanaa­n pelbagai projek ” bahkan ekonomi negeri.

Datuk Talib Zulpilip ADUN Jepak

 ??  ?? RASMI: Talib (kanan) menyempurn­akan penanaman anak pokok semasa merasmikan ‘Agricultur­e Community Outreach Programme’ (AGRICORP) DUN N.67 Jepak Siri 3/2020 di Rumah Vincent Unji Sungai Semanok Kuala Tatau, kelmarin.
RASMI: Talib (kanan) menyempurn­akan penanaman anak pokok semasa merasmikan ‘Agricultur­e Community Outreach Programme’ (AGRICORP) DUN N.67 Jepak Siri 3/2020 di Rumah Vincent Unji Sungai Semanok Kuala Tatau, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia