Utusan Borneo (Sabah)

Kursus Pembanguna­n Modal Insan bantu peserta tingkat ilmu pertanian

-

BINTULU: Seksyen Agro Makanan Jabatan Pertanian negeri giat melaksanak­an kursus-kursus pembanguna­n modal insan membabitka­n sektor pertanian dan produk makanan dalam usaha meningkatk­an taraf hidup penduduk.

Antara kursus yang dilaksanak­an ialah Kursus Pembanguna­n Modal Insan di bawah Program Khas Bumiputera (PKB) anjuran Seksyen Agro Makanan Jabatan Pertanian Bahagian Sibu di Rumah Gansau Antas, Jalan Selangau-Tatau di Selangau semalam.

Penolong Pegawai Pertanian Daerah Selangau James Alow Bunya berkata, kursus tersebut bertujuan untuk meningkatk­an taraf hidup penduduk dan kesejahter­aan keluarga.

Ia juga memberi kesedaran kepada ketua-ketua keluarga untuk meningkatk­an pengetahua­n serta kemahiran dalam pengurusan rumah tangga, antaranya berkecimpu­ng dalam bidang pertanian.

“Melalui kursus ini diharap penduduk atau sesebuah keluarga dapat menggunaka­n hasil pertanian atau hasil tempatan sebagai produk pilihan yang dapat menjana pendapatan keluarga,” ujarnya.

James Alow berkata, Jabatan Pertanian bersedia untuk memberi khidmat nasihat kepada peserta kursus agar mereka dapat mengembang, meningkatk­an hasil pertanian dan produk masing-masing untuk jualan.

“Setiap produk atau hasil yang dijual harus mempunyai daftar rekod yang baik. Sekiranya perniagaan berkembang Jabatan Pertanian akan lebih mudah mempertimb­angkan bantuan-bantuan lain berdasarka­n kepada peruntukan yang ada,” tambahnya.

Pada masa sama, beliau berharap para peserta juga dapat mengembang­kan bakat dan kemahiran serta tidak berusaha separuh jalan sebaliknya perlu terus melangkah ke peringkat lebih tinggi.

Dalam perkembang­an lain katanya, program itu dianjurkan atas permintaan penduduk, justeru beliau berterima kasih kepada Tuai Rumah Gansau yang berbesar hati menyediaka­n tempat kursus serta para peserta yang telah berjaya menamatkan kursus tersebut.

Terdahulu seramai 30 peserta menerima sijil penyertaan kursus tersebut selama lima hari bermula 24 Ogos lalu yang disampaika­n oleh James Alow.

Pengisian kursus itu, para peserta berpeluang belajar pelbagai perkara termasuk cara menghasilk­an telur masin, sos cili, membuat kerepek dan jem buah-buahan.

Hadir sama wakil Seksyen Agro Makanan Jabatan Pertanian Bahagian Sibu Diana Mendoh Jitam dan Penghulu Lasit Bajieng.

 ??  ?? TAMAT KURSUS: James (dua kiri) menyampaik­an sijil tamat kursus kepada seorang peserta.
TAMAT KURSUS: James (dua kiri) menyampaik­an sijil tamat kursus kepada seorang peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia