Utusan Borneo (Sabah)

GPS laksana pelbagai inisiatif untuk pastikan kesejahter­aan hidup rakyat

-

BINTULU: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah melaksanak­an pelbagai inisiatif berbentuk pembanguna­n infrastruk­tur asas serta keperluan lain bagi memastikan kesejahter­aan hidup rakyat.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (UndangUnda­ng dan Adat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai berkata, selain prasarana dan kemudahan asas, kerajaan turut memperkena­lkan inisiatif yang menjaga kebajikan rakyat seperti Kenyalang Gold Card (KGC) dan Endowment Fund Sarawak (EFS).

Justeru katanya, penduduk perlu mengambil peluang dan memohon untuk mendapatka­n kemudahan yang disediakan itu.

Katanya, penduduk di kawasan Kakus berumur 60 tahun ke atas boleh memohon KGC dan untuk memohonnya boleh mendapatka­n borang dari

Pejabat Daerah Tatau atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Banyak kebaikan diperolehi­daripadaKe­nyalangGol­d Card ini termasuk berfungsi menyediaka­n perlindung­an insurans, tawaran istimewa, diskaun bagi perkhidmat­an kesihatan, pengangkut­an awam dan barang keperluan serta bantuan khairat kematian sebanyak RM3,000,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Asun Jemat, Nanga Setusor Anap di Tatau yang turut dihadiri Penghulu Micheal Agul kelmarin.

Bagi EFS katanya, bayi yang berdaftar akan diberi insentif sebanyak RM1,000 oleh kerajaan Sarawak dan diurus oleh Bank Islam sebelum wang tersebut dapat dikeluarka­n ketika umur mencecah 18 tahun.

Justeru katanya, bayi (penduduk Sarawak) yang baru lahir di negeri ini harus segera didaftarka­n di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) bagi membolehka­n mereka menerima insentif EFS yang disediakan kerajaan Sarawak.

Pada majlis itu, Sikie mengumumka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM15,000 dan RM3,000 masing-masing untuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Biro Wanita Rumah Asun Jemat.

Peruntukan MRP juga diumumkan untuk Rumah Japing, Rumah Minggat, Rumah Gelimai, Rumah Thomas Gundi dan Rumah Rentap yang mana jumlah peruntukan berdasarka­n jumlah pintu rumah panjang.

Selain itu, beliau turut mengumumka­n projek di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) berjumlah RM350,000 untuk menaik taraf jalan raya ke kawasan Setusor.

Selesai majlis di rumah panjang tersebut, Sikie menghadiri program santai di Rumah Japing, Setusor Ili pada hari sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia