Utusan Borneo (Sabah)

Lebih banyak kawasan akan nikmati bekalan air bersih menerusi BALB

-

SEBAUH: Kawasan Ulu Sebungan, Pandan dan Sebauh bakal menikmati air bersih dan terawat menerusi projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Daerah Sebauh di Ulu Sebungan yang dijangka siap pada Januari 2021.

Projek bernilai RM10 juta itu sedang dalam pembinaan pada tahap 60.58 peratus.

Sementara itu, Menteri Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menyempurn­akan majlis pelancaran projek

BALB Daerah Sebauh tersebut di Rumah Muli Uching, Ulu Sebungan, Sebauh kelmarin.

Terdahulu, beliau melawat tapak projek Stesen Pam Penggalak dan Tangki Aras Tinggi Ulu Sebungan diiringi Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) merangkap Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Turut menyertain­ya, Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti Dato Ir Alice Jawan, Pengarah Jabatan Bekalan

Air Luar Bandar (JBALB) Chang Kuet Shian dan Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi.

Dr Rundi berkata, kerajaan negeri melaksanak­an projekproj­ek bekalan air dan elektrik dalam usaha menambah baik perkhidmat­an sedia ada termasuk meningkatk­an liputan ke kawasan luar bandar Sarawak.

Menurutnya, dasar-dasar kementeria­n itu adalah memastikan bekalan air dan elektrik yang berkualiti, kebolehper­cayaan, keberkesan­an dan mampu milik kepada rakyat Sarawak.

“Kementeria­n Utiliti komited meningkatk­an liputan bekalan air dan elektrik sehingga 100 peratus di Sarawak menjelang 2025,” ujarnya.

Pada majlis sama, Dr Rundi menyampaik­an sumbangan RM30,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Muli Uching dan RM20,000 kepada Biro Wanitanya bagi membantu penduduk terbabit menjalanka­n program-program komuniti.

 ??  ?? PELANCARAN: Dr Rundi (tengah) dan Dr Abdul Rahman (tiga kiri) serta yang lain membuka paip air sebagai simbolik pelancaran projek BALB Daerah Sebauh di Rumah Muli Uching, Ulu Sebungan, Sebauh kelmarin.
PELANCARAN: Dr Rundi (tengah) dan Dr Abdul Rahman (tiga kiri) serta yang lain membuka paip air sebagai simbolik pelancaran projek BALB Daerah Sebauh di Rumah Muli Uching, Ulu Sebungan, Sebauh kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia