Utusan Borneo (Sabah)

Ting akan berusaha selesai masalah sistem perparitan punca banjir di Jalan Hock Ming

-

SIBU: Ketua Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Bawang Assan Kaunselor Joshua Ting memberi jaminan akan berusaha sedaya-upaya untuk menyelesai­kan masalah sistem perparitan yang merupakan penyebab utama banjir di Jalan Hock Ming.

Beliau yang juga Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) berkata, jenteranya menerima aduan daripada penduduk bahawa masalah banjir yang tidak dapat diselesaik­an sejak sekian lama telah mengakibat­kan tanaman petani di kawasan itu rosak serta tidak mengeluark­an hasil.

“Saya bersama-sama jentera parti dan pegawaipeg­awai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Sibu serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Sibu telah melawat ke lokasi untuk meninjau dan mencari jalan penyelesai­an.

“Saya juga meminta pihak berwajib untuk menggali dan mengorek dasar sungai agar lebih dalam secepat mungkin dan meningkatk­an sistem saliran banjir setempat untuk mengurangk­an masalah saliran yang tersekat,” katanya dalam satu kenyataan selepas meninjau kawasan itu bersama jabatan terbabit, kelmarin.

Menurut penduduk setempat, kata Ting, parit tidak dapat mengalirka­n air dengan sempurna ketika waktu hujan lebat dan menyebabka­n masalah kumbahan melimpah di jalan, banjir serta kerugian kepada petani yang kehilangan hasil mereka.

Oleh itu ujarnya, penduduk amat berharap masalah itu dapat diselesaik­an secepat mungkin untuk mengelakka­n usaha satu tahun mereka sia-sia.

“Setelah melakukan tinjauan ke jalan tersebut, kami mendapat tahu sebab utama banjir adalah kerana dasar sungai yang tidak cukup dalam dan pembersiha­n sistem perparitan yang menyeluruh tidak dilakukan dan ini menyebabka­n masalah banjir.

“Petani di Jalan Hock Ming ini telah lama menghadapi masalah banjir kerana keadaan sungai dan parit setempat sekarang sangat teruk dan parit disekat dengan sampah sarap dan ia sangat serius serta terdapat banyak sisa sampah terapung,” kata beliau lagi.

Rentetan masalah itu, Ting percaya ia secara langsung mempengaru­hi pendapatan petani.

Oleh itu, beliau dan pihak berkenaan datang untuk meninjau dengan harapan dapat menyelesai­kan masalah itu secara menyeluruh agar petani dapat bercucuk tanam dengan lebih yakin.

Beliau juga meminta penduduk setempat bekerjasam­a dengan jabatan-jabatan berkenaan ketika menjalanka­n projek-projek pengendali­an banjir pada masa akan datang supaya ia dapat diselesaik­an dengan lancar dan banjir dapat diatasi.

“Pertama kali terlibat dalam politik, saya mendapati masih banyak penambahba­ikan yang diperlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan.

“Oleh itu, saya dan jentera parti telah berusaha sedaya upaya untuk membolehka­n rakyat setempat hidup dengan lebih selesa.

“Melalui perkhidmat­an kami yang berterusan untuk turun padang serta menerima aduan rakyat, saya berharap dapat menyumbang kepada Sibu untuk mewujudkan kampung halaman yang lebih baik untuk anak muda Sibu,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia