Utusan Borneo (Sabah)

DAP gesa JAS buat kajian menyeluruh kesan tumpahan minyak di Batang Igan

-

SIBU: Timbalan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak David Wong mahu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak lebih tegas dalam menangani isu tumpahan minyak di Rantau Panjang, Batang Igan dengan menjalanka­n kajian menyeluruh kesan tumpahan tersebut.

Beliau mencadangk­an pihak jabatan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa lain seperti Lembaga SungaiSung­ai Sarawak (LSS) dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) bagi menyiasat punca tumpahan minyak itu serta kesan kepada rakyat dan negeri ini.

“Ada khabar angin yang mengatakan tumpahan berpunca daripada kapal terbengkal­ai yang berlabuh di kilang papan dan pihak berkuasa harus menyiasat sama ada syarikat yang memiliki kapal itu telah melanggar undang-undang dalam hal ini.

“Jika pihak syarikat telah melanggar undang-undang, apa tindakan yang boleh diambil terhadap mereka serta apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan kejadian sama tidak berulang,” ujarnya.

Wong yang juga ADUN Pelawan berkata, kerosakan telah berlaku dan kesan tumpahan minyak itu boleh memberi kesan jangka masa panjang kepada alam sekitar.

Tidak dapat dipastikan juga katanya, sama ada syarikat terbabit telah membersihk­an tumpahan minyak di sepanjang Batang Igan atau hanya di tempat di mana berlakunya tumpahan.

Terdahulu, Wong juga telah berkunjung ke pejabat LSS dan NREB bagi mendapatka­n gambaran sebenar kejadian.

Beliau turut menjemput menteri yang terlibat serta pengarah JAS Sarawak turun padang bagi melihat sendiri apa yang telah berlaku.

Dalam kejadian 23 Ogos lepas, tumpahan minyak itu turut menyebabka­n kebakaran serta mencemarka­n perairan Batang Igan dikatakan sehingga sejauh sembilan kilometer.

 ??  ?? PENJELASAN: Wong (kanan) mendapatka­n penjelasan daripada pegawai LSS berkaitan tumpahan minyak.
PENJELASAN: Wong (kanan) mendapatka­n penjelasan daripada pegawai LSS berkaitan tumpahan minyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia