Utusan Borneo (Sabah)

Petugas barisan hadapan bangga tunjukkan semangat patriotik

Komitmen dan pengorbana­n mereka semasa menjalanka­n tugas itu adalah cara mereka meluahkan kecintaan terhadap negara

-

PUTRAJAYA: Menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaa­n ke-63 negara pada 31 ini, rakyat yang masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mempunyai cara tersendiri untuk menzahirka­n semangat patriotik mereka.

Bagi kumpulan petugas barisan hadapan menentang COVID-19, komitmen dan pengorbana­n mereka semasa menjalanka­n tugas itu adalah cara mereka meluahkan kecintaan terhadap negara.

“Semasa penularan COVID-19 sedang memuncak di negara ini, saya memakai pakaian perlindung­an peribadi (PPE) ketika bertugas, membuatkan saya berasa seperti seorang ‘pahlawan’ yang menjaga negara daripada serangan musuh,” kata Stephanie Ahchi, seorang jururawat hospital swasta di ibu negara.

Stephanie, 32, yang ditemui Bernama di sini

“Semasa penularan COVID-19 sedang memuncak di negara ini, saya memakai pakaian perlindung­an peribadi (PPE) ketika bertugas, membuatkan saya berasa seperti seorang ‘pahlawan’ yang menjaga negara daripada serangan ” musuh. Stephanie Ahchi Jururawat

semalam, berkata beliau juga “mengorbank­an” tiket penerbanga­n untuk pulang ke Kuching, Sarawak pada awal bulan ini selepas Kuching diisytihar­kan Zon Merah wabak itu.

Khamarul Arifin Zainal, 51, anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertugas di pusat operasi bencana Zon Kuala Lumpur, pula menyifatka­n pandemik COVID-19 sebagai pendorong kepada rakyat Malaysia menzahirka­n rasa patriotik.

“Ini dapat dilihat apabila rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan berusaha untuk mencapai matlamat yang sama iaitu memastikan negara selamat daripada ancaman pandemik itu. Semangat itu perlu diteruskan,” katanya.

Bagi Inspektor Zulhasnan Zulkifli, 32, pula berkata beliau komited untuk memastikan orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan negara bebas COVID-19.

“Tahap pematuhan SOP yang tinggi dapat menyekat penularan COVID-19 sekali gus menjadikan negara dan semua rakyat Malaysia lebih selamat dan sejahtera,” kata pegawai polis itu yang turut meminta orang ramai tidak memandang ringan aspek pematuhan SOP bagi mengelak kewujudan kluster baharu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Pelbagai cara bagi rakyat Malaysia untuk menzahirka­n semangat patriotik mereka sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 negara pada 31 Ogos ini. Tidak ketinggala­n kumpulan petugas barisan hadapan menentang COVID-19, komitmen dan pengorbana­n mereka semasa menjalanka­n tugas itu adalah cara mereka meluahkan kecintaan terhadap negara. Bagi Mejar Bersekutu (Pertahanan Awam) Khamarul Arifin Zainal, menyifatka­n pandemik COVID-19 menjadi pemangkin kepada rakyat Malaysia untuk menzahirka­n rasa patriotik kepada negara.
— Gambar Bernama MESRA: Pelbagai cara bagi rakyat Malaysia untuk menzahirka­n semangat patriotik mereka sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 negara pada 31 Ogos ini. Tidak ketinggala­n kumpulan petugas barisan hadapan menentang COVID-19, komitmen dan pengorbana­n mereka semasa menjalanka­n tugas itu adalah cara mereka meluahkan kecintaan terhadap negara. Bagi Mejar Bersekutu (Pertahanan Awam) Khamarul Arifin Zainal, menyifatka­n pandemik COVID-19 menjadi pemangkin kepada rakyat Malaysia untuk menzahirka­n rasa patriotik kepada negara.
 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Bagi Inspektor Zulhasnan Zulkifli yang bertugas di Pekan, Pahang berkata beliau komited untuk memastikan orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi menyekat risiko kewujudan kluster baharu COVID-19 dan seterusnya memastikan negara bebas COVID-19.
— Gambar Bernama CERIA: Bagi Inspektor Zulhasnan Zulkifli yang bertugas di Pekan, Pahang berkata beliau komited untuk memastikan orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi menyekat risiko kewujudan kluster baharu COVID-19 dan seterusnya memastikan negara bebas COVID-19.
 ?? — Gambar Bernama ?? RELA: Bagi jururawat hospital swasta Stephanie Ahchi, 32, berasal dari Sarawak dan bertugas di ibu kota berkata, beliau merasakan seperti seorang ‘pahlawan’ negara apabila menyarungk­an pakaian pelindunga­n peribadi (PPE) ketika bertugas.
— Gambar Bernama RELA: Bagi jururawat hospital swasta Stephanie Ahchi, 32, berasal dari Sarawak dan bertugas di ibu kota berkata, beliau merasakan seperti seorang ‘pahlawan’ negara apabila menyarungk­an pakaian pelindunga­n peribadi (PPE) ketika bertugas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia