Utusan Borneo (Sabah)

Titah Diraja tumpuan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2020

-

PUTRAJAYA: Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menjadi tumpuan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2020 yang akan berlangsun­g di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1 di sini, Isnin depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata majlis titah oleh Yang di-Pertuan Agong itu merupakan yang kedua dalam sejarah, sejak negara menyambut ulang tahun Hari

Kebangsaan pada 1957.

Titah Diraja yang pertama oleh Yang di-Pertuan Agong keempat Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah berlangsun­g pada tarikh sama (31 Ogos) 50 tahun dahulu, sewaktu Rukun Negara diisytihar­kan pada tahun 1970, katanya kepada pemberita selepas meninjau raptai Hari Kebangsaan 2020 di sini semalam.

Tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020, ‘Malaysia Prihatin’ dipilih, bagi menghargai keprihatin­an, kesungguha­n dan ketabahan warga Malaysia mengharung­i cabaran dan dugaan COVID-19.

Saifuddin berkata, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h telah berkenan untuk berangkat hadir pada sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan itu.

Mengenai persiapan sempena sambutan tersebut, Saifuddin berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan persiapan yang semakin lancar berbanding kelmarin.

“Insya-Allah kita berdoa agar semua acara yang dirancang akan berjalan seperti yang dijadualka­n,” katanya.

Beliau berkata sambutan pada tahun ini dilakukan serba ringkas dalam suasana norma baharu dengan mematuhi semua prosedur operasi standard pencegahan wabak COVID-19.

Katanya, acara sambutan Hari Kebangsaan 2020 akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia