Utusan Borneo (Sabah)

Saringan semua penduduk Amanjaya selesai seminggu lagi: Exco

-

PENDANG: Saringan COVID-19 ke atas semua 22,360 penduduk di kawasan Amanjaya, Sungai Petani yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) Bersasar dijangka selesai dalam tempoh lebih seminggu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata setakat kelmarin, lebih 3,000 penduduk telah disaring manakala 2,000 lagi dijangka menjalani saringan semalam.

“Kita yakin 22,360 penduduk di Amanjaya, Sungai

Petani akan keluar melakukan saringan seperti yang diarahkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan kita jangka saringan terhadap kesemua penduduk akan mengambil masa lebih seminggu.

“Cuma saya minta mereka yang dipakaikan gelang merah jambu, jangan pula ada yang ingkar arahan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Masjid di Parlimen Pendang di sini.

Khamis lalu, Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka­n pelaksanaa­n

PKPD Bersasar di Amanjaya, Sungai Petani berkuat kuasa semalam sehingga satu tempoh yang akan diumumkan kelak.

Perintah itu membabitka­n tiga zon iaitu Kenanga, Mawar dan Melur melibatkan sejumlah 22,360 isi rumah merangkumi 265 kediaman.

Mohd Hayati juga berkata kerajaan negeri telah mengesyork­an kepada kerajaan persekutua­n agar PKPD dilaksanak­an secara lebih meluas di kawasan yang dikenal pasti dan beberapa kawasan lain bagi membendung penularan

COVID-19 yang dicetuskan oleh beberapa kluster di negeri itu.

“Kita memang syorkan supaya PKPD ini diadakan dengan meluas kepada kerajaan persekutua­n namun kita dimaklumka­n mengenai kekangan antaranya dari segi penempatan anggota keselamata­n yang terhad untuk mengawal kawasan yang luas.

“Selain itu, dana yang besar diperlukan untuk mengagihka­n bantuan kepada penduduk terjejas atau berada di kawasan perintah terbabit,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia