Utusan Borneo (Sabah)

Penyokong ahli politik anti-Islam Denmark merusuh di selatan Sweden

Insiden bermula selepas Paludan dihalang menghadiri rali pembakaran al-Quran

- — Gambar AFP

STOCKHOLM: Penunjuk perasaan melontar batu ke arah polis dan membakar tayar di selatan Sweden pada lewat kelmarin, kata pihak berkuasa, beberapa jam selepas seorang ahli politik anti-Islam Denmark dihalang menghadiri rali pembakaran al-Quran di kawasan berhampira­n.

Kira-kira 300 orang berkumpul di jalan raya Malmo dengan keganasan bertambah buruk menjelang waktu petang, menurut polis dan media tempatan.

Tunjuk perasaan dikaitkan dengan satu insiden awal pagi sebelum itu di mana penunjuk perasaan membakar senaskhah kitab suci Islam, jurucakap polis Rickard Lundqvist memberitah­u tabloid Sweden Expressen.

Rasmus Paludan, yang mengetuai parti haluan kanan antiimigra­si Denmark Hard Line, dijangka pergi ke Malmo untuk berucap pada acara tersebut, yang diadakan pada hari yang sama dengan sembahyang mingguan bagi umat Islam.

Namun pihak berkuasa menghalang kedatangan Paludan dengan mengumumka­n dia diharamkan dari memasuki Sweden selam dua tahun. Dia kemudian ditangkap berhampira­n Malmo.

“Kami mengesyaki dia akan melanggar undangunda­ng di Sweden,” Calle Persson, jurucakap polis di Malmo memberitah­u AFP.

“Terdapat juga satu risiko bahawa kelakuanny­a... akan memberikan ancaman kepada masyarakat.”

Namun penyokongn­ya meneruskan rali itu, dan tiga orang ditangkap kerana menghasut kebencian perkauman.

Paludan kemudian menghantar satu mesej sindiran di Facebook.

“Dihantar pulang dan diharamkan dari Sweden selama dua tahun. Walau bagaimanap­un, perogol dan pembunuh disambut dengan baik!” tulisnya.

Pada tahun lepas Paludan menarik perhatian media kerana membakar sebuah al-Quran yang dibaluti dengan dendeng khinzir – daging yang haram bagi penganut Islam. — AFP

 ??  ?? HURU-HARA: Polis pencegah rusuhan Sweden tiba untuk mengambil alih kawasan di mana asap kelihatan berkepul-kepul dari tayar yang dibakar ketika ratusan penunjuk perasaan merusuh di Malmo kelmarin.
HURU-HARA: Polis pencegah rusuhan Sweden tiba untuk mengambil alih kawasan di mana asap kelihatan berkepul-kepul dari tayar yang dibakar ketika ratusan penunjuk perasaan merusuh di Malmo kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia