Utusan Borneo (Sabah)

AS hukum mati lelaki culik, rogol, bunuh budak usia 10 tahun

- — Gambar AFP

WASHINGTON: Seorang lelaki disabitkan jenayah membunuh seorang kanakkanak dihukum mati melalui suntikan maut kelmarin, banduan persekutua­n yang kelima dijatuhkan hukuman mati di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh dua bulan.

Keith Nelson, 45, disahkan meninggal dunia di penjara Terre Haute di negeri Indiana di Midwestern, kata peguamnya.

Nelson dijatuhkan hukuman mati pada 2003 kerana menculik seorang budak perempuan berusia 10 tahun yang sedang bermain dengan kasut beroda di depan kediamanny­a di Kansas pada tahun 1991.

Dia merogol dan kemudian mencekik mangsa sebelum membuang mayatnya di daerah berhampira­n Missouri.

Kebanyakan jenayah dilakukan di AS dibicaraka­n di mahkamah negeri, sebahagian daripadany­a dibenarkan untuk melaksanak­an hukuman mati.

Namun mahkamah persekutua­n boleh menerima dan membicarak­an kes yang paling serius, atau jenayah yang dilakukan dalam berbilang bidang kuasa.

Mahkamah persekutua­n jarang mengemukak­an keputusan hukuman mati dan juga jarang melaksanak­annya. Dari tahun 1988 sehingga Julai, hanya tiga orang yang menunggu hukuman mati persekutua­n sudah dihukum mati.

Bagaimanap­un, di bawah pentadbira­n Presiden Donald Trump, yang menyokong hukuman mati, hukuman mati telah dipertingk­atkan.

Bilionair Republikan itu, yang bertanding bagi pemilihan semula pada 3 November, menyokong peningkata­n dalam penggunaan hukuman mati, terutama terhadap mereka yang disabitkan membunuh anggota polis atau kanak-kanak serta bagi pengedar dadah.

Lima orang dihukum mati sejak Julai, termasuk Nelson dan satu-satunya penduduk peribumi Amerika, di sebalik bantahan dari Navajo Nation dalam kes kemudian.

Hukuman mati menurun di AS, di mana hanya beberapa negeri – terutama di selatan – masih menggunaka­nnya. Sebanyak 22 hukuman mati dilaksanak­an pada 2019 dan 12 sejak permulaan tahun 2020.

Sokongan bagi hukuman mati mulai terhakis di kalangan populasi umum AS namun kekal kuat di kalangan pengundi Republikan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia