Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lagi maut tatkala keganasan meningkat di Colombia

- — Gambar AFP

BOGOTA: Sekumpulan lelaki bersenjata yang memakai hud membunuh tiga orang di barat laut Colombia, serangan terbaharu dalam gelombang keganasan selama dua minggu yang mengorbank­an sekurangku­rangnya 42 nyawa, kata polis kelmarin.

Pembunuhan berlaku pada lewat Khamis lepas berhampira­n pekan Andes di bahagian Antioquia apabila lelaki yang memakai hud memasuki sebuah ladang dan melepaskan tembakan, kata komander polis wilayah Kolonel Ever Gomez.

Dua mangsa terbunuh serta-merta sementara mangsa ketiga meninggal dunia di hospital.

“Di kalangan mangsa adalah seorang budak berusia 13 tahun,” ujar Gomez.

Beliau berkata pembunuh “melepaskan tembakan tanpa mengucapka­n sepatah kata.

Keganasan berleluasa di beberapa bahagian di negara Amerika Selatan itu, menyebabka­n sekurangku­rangnya 42 orang terkorban sejak 11 Ogos.

Pihak kerajaan menuduh kumpulan bersenjata yang dibiayai oleh pengedaran dadah sebagai dalang di sebalik pembunuhan itu. Ia adalah salah satu peningkata­n paling besar dalam keganasan sejak kerajaan menandatan­gani perjanjian damai dengan gerila haluan kiri FARC pada tahun 2016.

Namun negara itu, pengekspor­t kokain terbesar di dunia, masih dibelenggu oleh perang saudara antara kumpulan bersenjata, termasuk anggota penentang FARC yang menolak perjanjian damai termasuk pemberonta­k Marxis ELN yang masih berkuasa.

Satu misi damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Colombia, ditubuhkan bagi mengawasi perjanjian damai, mengecam keganasan dalam satu kenyataan pada 17 Ogos, menyatakan pada tahun ini sahaja ia merekodkan 33 kematian – dijelaskan sebagai pembunuhan tiga atau lebih ramai orang dalam satu tindakan pembunuhan.

Pembunuhan pada Khamis lepas adalah yang kesembilan dalam masa dua minggu.

Presiden Ivan Duque dan Peguam Negara Francisco Barbosa kelmarin mengumumka­n bersama di Cali mengenai penangkapa­n dua pelaku yang disyaki dalam pembunuhan lima remaja kulit hitam di sebuah ladang tanaman tebu pada 11 Ogos.

Barbosa berkata tiga orang yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n melepaskan tembakan ke arah kumpulan remaja itu yang memasuki ladang mereka untuk memakan tebu.

Barbosa berkata remaja lelaki tersebut dibunuh “dalam tindakan yang sangat kejam.”

Suspek ketiga masih dalam buruan, kata polis. — AFP

 ??  ?? PROTES KEGANASAN: Anggota polis meniup trompet di sebelah beberapa keranda yang diperagaka­n sebagai sebahagian daripada protes terhadap keganasan di Colombia di mana beberapa pembunuhan berlaku sejak beberapa hari lalu di Medellin pada Isnin lepas.
PROTES KEGANASAN: Anggota polis meniup trompet di sebelah beberapa keranda yang diperagaka­n sebagai sebahagian daripada protes terhadap keganasan di Colombia di mana beberapa pembunuhan berlaku sejak beberapa hari lalu di Medellin pada Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia