Utusan Borneo (Sabah)

Peru lanjutkan perintah darurat COVID-19 sehingga 30 September

-

LIMA: Peru kelmarin melanjutka­n perintah darurat sehingga 30 September dan meneruskan perintah kawalan pergerakan di beberapa kawasan yang terjejas teruk akibat COVID-19, kata kerajaan.

Negara Amerika Selatan itu mempunyai salah satu kadar kematian terburuk di dunia akibat COVID-19 dengan 86 kematian bagi setiap 100,000 orang.

“Perintah darurat yang dirancang sehingga hujung Ogos... kini dilanjutka­n sepanjang September,” kata Perdana Menteri Walter Martos.

Pada minggu ini Peru mengatasi Belgium untuk berada di tempat kedua di belakang negara kecil Eropah San Marino sebagai negara dengan kadar kematian paling tinggi di dunia.

Peru merekodkan lebih 620,000 kes dan 28,000 kematian di kalangan 33 juta pendudukny­a.

Di Amerika Latin, ia hanya di tempat kedua di belakang Brazil dari segi jangkitan keseluruha­n, dan berada di belakang Brazil dan Mexico dari segi kematian.

Bahagian di Cusco, Moquegua, Puno dan Tacna akan terus berada di bawah perintah kawalan pergerakan, seperti keadaan asalnya sejak Peru mula menarik balik sekatan di bahagian lain di negara itu, termasuk ibu negeri Lima, sejak 1 Julai.

Hanya kedai yang menjual keperluan asas, seperti makanan dan ubat-ubatan, boleh dibuka.

Sempadan negara masih ditutup dan perintah berkurung pada waktu malam dikuatkuas­akan sejak 16 Mac akan dilanjutka­n.

Perhimpuna­n sosial dan keluarga masih tidak dibenarkan di seluruh negara dan perintah berkurung pada Ahad terus berkuat kuasa.

“Darurat kesihatan” akan dilanjutka­n sehingga 7 Disember.

Ekonomi Peru mengalami kemerosota­n disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan dan menyusut sebanyak 30 peratus pada suku kedua. — AFP

 ??  ?? BARISAN HADAPAN: Pekerja kesihatan di bandar Puno di Andes, membantah dengan mempamerka­n gambar rakan sekerja yang meninggal dunia akibat COVID-19 di hadapan maktab perubatan tempatan pada Rabu lepas. Ribuan pekerja kesihatan menunjuk perasaan di seluruh Peru untuk mengecam kekurangan sumber untuk menangani pandemik tersebut.
BARISAN HADAPAN: Pekerja kesihatan di bandar Puno di Andes, membantah dengan mempamerka­n gambar rakan sekerja yang meninggal dunia akibat COVID-19 di hadapan maktab perubatan tempatan pada Rabu lepas. Ribuan pekerja kesihatan menunjuk perasaan di seluruh Peru untuk mengecam kekurangan sumber untuk menangani pandemik tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia