Utusan Borneo (Sabah)

Tidak lagi mahu berada di bawah jagaan bapanya

-

SELEPAS lebih sedekad hidup di bawah penjagaan konservato­r atau pemelihara (conservato­rship) yang menyaksika­n bapanya mengemudi perkaraper­kara peribadi dan profesiona­lnya, Britney Spears mahu mengubah syarat-syarat aturan itu dengan signifikan.

Sejak beberapa kejadian yang memalukan di mana dia tidak dapat mengawal diri pada 2008, bintang pop berusia 38 tahun itu telah tinggal di Califormia menurut penjagaan sah yang diluluskan oleh mahkamah dan amnya diperintah oleh bapanya Jamie.

Ramai peminat telah berarak dan berpiket bagi pihaknya di bawah slogan #FreeBritne­y, kerana percaya artis itu yang menjadi masyhur pada peringkat global ketika remaja sedang menghantar mesej berkod menerusi akaunnya yang mewah untuk merayu bantuan.

Tetapi Spears - yang terkenal dengan lagu-lagu hit sepert ‘Toxic’ dan ‘… Baby One More Time’

- dan peguamnya yang dilantik oleh mahkamah tidak melakukan apa-apa untuk mengubah keadaan itu, sehinggala­h sekarang.

Baru-baru ini, peguamnya, Samuel Ingham, memfailkan dokumen mahkamah untuk mengeluark­an bapanya dari tanggungja­wab penjagaan konservato­r, sebaliknya menamakan Jodi Montgomery - seorang conservato­r profesiona­l yang berlesen - sebagai ketuanya yang tetap.

Montgomery telah menyelia hal ehwal Spears secara sambilan hampir selama setahun, selepas bapa bintang itu bergelut dengan isu-isu kesihatan.

“Kita sekarang pada peringkat di mana penjagaan konservato­r mesti diubah dengan ketara bagi mencermink­an perubahan besar dalam gaya hidupnya sekarang dan kehendak yang dia telah nyatakan,” peguam Spears menulis dalam dokumen yang difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles.

Menurutnya, perubahan tersebut termasuk keinginann­ya sekarang untuk tidak melakukan jelajah, selepas dia mengumumka­n “rehat sampai bila-bila masa daripada bekerja” pada Januari 2019.

Ketika itu, dia membatalka­n konsert yang dijadualka­n seterusnya, dengan menyatakan dia mahu memberi tumpuan kepada kesihatan bapanya selepas usus besar bapanya pecah.

Ingham berkata Spears “menentang sekerasker­asnya” kepulangan bapanya untuk menyelia aturannya apabila khidmat Montgomery berakhir pada 22 Ogos lepas.

“Tanpa mengetepik­an mana-mana haknya untuk menamatkan penjagaan konservato­r ini pada masa depan, Britney mahu mengekalka­n perlantika­n Cik Montgomery sebagai konservato­r bagi dirinya,” tulis peguam itu.

Ingham juga berkata Spears “sangat ingin sekali” untuk mengalih kawalan ke atas kewanganny­a daripada bapanya, sebaliknya melantik seorang “pemegang amanah korporat yang berkelayak­an”.

Peguam itu menulis, dia menjangkak­an “sebarang usaha untuk mencapai matlamat anak guam saya seperti yang dinyatakan di atas akan dicabar secara agresif oleh” bapanya.

Penjagaan konservato­r biasanya diwujudkan untuk melindungi warga emas dan orang yang sangat sakit atau terencat akal.

Pembicaraa­n status dalam kes Spears telah diadakan pada Rabu di Los Angeles.

Pada awal bulan ini, Jamie Spears membuat kenyataan terbuka yang jarang sekali dilakukann­ya tentang penjagaann­ya ke atas anaknya, dan menganggap penyokong #FreeBritne­y sebagai “ahli teori konspirasi”.

“Ia terpulang kepada mahkamah California untuk memutuskan apa yang terbaik untuk anak saya. Ia bukan urusan orang lain,” katanya kepada akhbar The New York Post, selain menafikan khabar angin yang sudah lama berkisar bahawa dia mengaut keuntungan daripada kekayaan anaknya.

“Saya menyayangi anak saya,” tambahnya. “Saya menyayangi semua anak saya. Tetapi ini adalah urusan kami. Ia adalah sulit.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia