Utusan Borneo (Sabah)

Jerman lancar siri konsert pop untuk uji keadaan ketika ini

-

SEBUAH universiti di Jerman melancarka­n siri konsert pop di bawah keadaan koronaviru­s pada hujung minggu lepas, dengan harapan agar uji kaji melibatkan 2,000 orang itu dapat menentukan sama ada acara besar dapat diadakan semula dengan selamat ataupun tidak.

Seorang penyanyi terkenal di Jerman, Tim Bendzko, mengadakan tiga konsert berasingan pada Sabtu lepas di kota timur Leipzig, seterusnya membolehka­n penyelidik dari Universiti Halle yang berdekatan untuk mencuba tatarajah yang berbeza bagi konsertkon­sert tersebut.

Hanya sukarelawa­n muda yang sihat sahaja dibenarkan untuk menghadiri konsert dalam usaha untuk membataska­n risiko jangkitan.

Apabila hadirin tiba di dewan konsert Leipzig Arena, mereka menjalani pemeriksaa­n suhu.

Semua peserta memakai pelitup muka yang menepati standard perlindung­an tinggi FFP2, selain alat elektronik yang menjejaki pergerakan mereka di dalam lingkungan ruang.

Dengan menggunaka­n disinfekta­n pendarfluo­r, penyelidik juga dapat melihat permukaan mana yang paling kerap disentuh oleh pengunjung konsert dengan tangan mereka.

Malah saintis terbabit memantau trajektori partikel aerosol amat kecil yang dihembus oleh hadirin, kerana pakar percaya ia memainkan peranan dalam jangkitan.

Matlamat utama uji kaji itu adalah untuk mengetahui sama ada konsert dan acara besar lain boleh dibenarkan ataupun tidak untuk diadakan semula, dan pada waktu yang sama mengelak risiko pencemaran.

Media tempatan memetik penganjur sebagai berkata mereka menjangkak­an 4,000 orang peserta tetapi kemudian melaporkan hanya 2,000 orang sahaja telah mengambil bahagian. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia