Utusan Borneo (Sabah)

Keanu Reeves bawa sekuel ‘Bill & Ted’ yang ceria ke dunia ‘gelap’

- Oleh Andrew Marszal

DENGAN memaparkan Keanu Reeves ketika muda, jalan cerita kembara masa yang gila-gila dan bekalan ungkapan yang menarik, ‘Bill & Ted’s Excellent Adventure’ pada 1989 telah menjadi komedi klasik kegilaan ramai.

Tiga dekad kemudian, filem hit yang telah melancarka­n karier Reeves kembali untuk filem ketiga – dan mesej wira-wiranya yang bersifat baik tetapi tidak cerdik untuk “menjadi cemerlang bagi satu sama lain” diperlukan sekarang lebih daripada selama ini, kata penciptany­a kepada AFP.

“Ia ternyata bernasib baik,” kata penulis bersama Chris Matheson menjelang pengeluara­n ‘Bill & Ted Face the Music’ pada Jumaat.

“Kami tidak tahu ketika kami bermula lagi bahawa kepintaran mereka tentang dunia akan menjadi lebih bergema,” katanya kepada AFP.

“Tetapi apabila keaadan menjadi semakin gelap di dunia – bermula mungkin pada November 2016 – ada rasa seperti “Hah, ia mungkin benar-benar bagus untuk meluangkan masa bersama mereka sekarang’.”

Reeves – yang seterusnya menjadi selebriti senarai A terkemuka di Hollywood dengan ‘Point Break’, ‘Speed’ dan ‘The Matrix’ – kembali popular semula kerana filem-filem ‘John Wicks’, dan kempen internet tular yang menggelark­annya lelaki paling baik di Hollywood.

Dia juga memainkan peranan penting untuk melancarka­n ‘Bill & Ted’ yang terbaharu. Matheson dan pencipta bersama Ed Solomon (‘Men in Black’) mula menulis filem terbaharu lebih sedekad lalu, selepas bintang itu mengesahka­n kesediaann­ya untuk kembali dalam satu temu ramah media.

Bercakap di satu sidang akhbar yang diadakan dalam talian kerana pandemik yang sudah membunuh 180,000 warga Amerika dan menutup Hollywood, Reeves memberitah­u wartawan bahawa keceriaan Bill dan Ted mempunyai “lebih banyak impak disebabkan oleh situasi yang kita alami sekarang”.

Reeves malah melawan cubaan untuk menjadikan kelakuan kedua-dua watak itu lebih gelap lagi.

“Kami akan menulis adegan di mana Bill dan Ted bersikap tidak jujur, cuba menipu seseorang,” kata Matheson. “Dan dia akan kata, ‘Tidak, mereka tidak akan berbuat demikian’.

“Dan dia pada akhirnya betul – lelaki-lelaki ini tidak berbuat demikian. Dan ia adalah bermakna. Itulah Keanu.”

Di dalam filem itu, keadaan tidak menjadi seperti yang dirancang bagi kedua-dua lelaki yang mahu menjadi bintang rock dari San Dimas, California, itu.

Sekarang sudah berkahwin dan mempunyai anak, kumpulan mereka yang tidak ada harapan Wyld Stallyns telah gagal untuk menulis lagu rock yang dikatakan akan menyatukan dunia.

Dan masa semakin berlalu – seterusnya memberi jalan cerita ‘krisis pertengaha­n usia yang menggunaka­n steroid’ di dalam filem tersebut.

Reeves dan rakannya yang turut kembali Alex Winter – sekarang seorang pembuat dokumentar­i yang terkenal

– disertai pendatang baharu Samara Weaving dan Brigette Lundy-Paine, yang membawa watak anak-anak perempuan mereka, selain beberapa watak kegemaran lama.

Filem itu sendiri menempuh laluan yang jauh dan sukar menuju ke skrin, dilaporkan dihambat oleh ketua-ketus studio yang gelisah mengenai bintang-bintangnya yang semakin berusia di Hollywood yang taksub dengan pembikinan semula francais yang fokus kepada belia.

Tetapi bagi penciptany­a, ‘Bill & Ted’ tidak dapat wujud tanpa Reeves dan Winter – kedua-duanya berusia 55 tahun – yang berkenalan sewaktu uji bakat bagi filem asal dan menjadi rakan karib sejak itu, kerap meraikan Hari Kesyukuan dan percutian lain bersama.

“Persahabat­an Alex dan Keanu meresap ke dalam seluruh siri filem,” kata Solomon. “Kami tidak mahu membuat versi di mana mereka telah berjatya dan sekarang tidak bercakap dengan satu sama lain.. Kerana kami tahu mereka tidak akan berpisah.” — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KEANU REEVES
KEANU REEVES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia