Utusan Borneo (Sabah)

12 harungi Lautan Langkawi bawa mesej merdeka, solidariti

Sanggup harungi jarak sejauh 5.1 kilometer dalam cabaran ‘Renang Merdeka’

-

LANGKAWI: Demi membawa mesej merdeka dan solidariti kepada wira barisan hadapan negara, 12 perenang dan dua pendayung kayak sanggup mengharung­i jarak sejauh 5.1 kilometer dalam cabaran ‘Renang Merdeka’ dari Pantai Chenang ke Pulau Tepor, sebelum kembali semula ke lokasi permulaan, di sini semalam.

Meskipun terpaksa mengharung­i arus kuat dan keadaan cuaca sejuk dan ribut, ia tidak melemahkan peserta yang berusia antara 20 hingga 53 tahun itu meredah lautan selama lebih dua 2 jam, seawal jam 8 pagi semalam semata-mata demi menzahirka­n penghargaa­n buat wira negara yang berjuang menyekat penularan pandemik COVID-19.

Lebih menarik, jarak Renang Merdeka itu lebih jauh berbanding jarak Kejohanan Ironman Langkawi (3.8km) sekali gus suatu pengalaman baharu buat semua peserta yang sememangny­a aktif menyertai kejohanan triathlon berprestij di peringkat antarabang­sa itu.

Bagi seorang juru-X-ray Klinik Kesihatan Padang Matsirat, Muhd Hafiz Md Yusup, 33, yang juga pencetus kepada idea tersebut berkata, aktiviti renang itu dirancang kurang seminggu dan terus mendapat sokongan rakan-rakan yang sememangny­a aktif menyertai Ironman Langkawi.

“Renang Merdeka kali ini, kami bawa mesej soli

“Alhamdulil­lah kami berjaya menamatkan aktiviti hari ini dengan jayanya, lagipun rata-rata yang terlibat ini mempunyai pengalaman berenang di laut dan perairan terbuka.

dariti buat wira-wira negara…malah renangan tadi turut disertai empat petugas kesihatan yang berkhidmat di Langkawi,” kata Muhd Hafiz yang juga peserta kedua terbaik Malaysia dalam saingan Ironman Langkawi 2019, kepada

Bernama semalam.

Acara renang berkenaan bermula 8 pagi itu berjaya ditamatkan dalam tempoh dua jam 30 minit.

Sementara itu, bagi Bakar Wahid, 50, ‘guru’ renang kepada atlet kejohanan Ironman Langkawi yang aktif menyertai kejohanan Ironman Langkawi berkata, mereka berdepan cabaran agak getir kerana keadaan laut bergelora, ribut dan hujan.

“Alhamdulil­lah kami berjaya menamatkan aktiviti hari ini dengan jayanya, lagipun rata-rata yang terlibat ini mempunyai pengalaman berenang di laut dan perairan terbuka,” katanya yang pernah lima kali menyertai kejohanan Ironman Langkawi.

Aktiviti berkenaan turut diiringi bot Angkatan Pertahanan Awam Daerah Langkawi bersama 10 anggota bagi tujuan keselamata­n. — Bernama

Bakar Wahid Guru renang

 ?? — Gambar Bernama ?? MESEJ MERDEKA: Sebahagian daripada 12 perenang dan pendayung kayak mengharung­i arus kuat dalam keadaan ribut sejauh 5.1 kilometer dari Pantai Chenang ke Pulau Tepor sebelum kembali semula ke lokasi permulaan, untuk membawa mesej merdeka dan tanda solidariti serta penghormat­an buat wira yang berjuang demi keharmonia­n negara, pada program ‘Renang Merdeka’, Langkawi.
— Gambar Bernama MESEJ MERDEKA: Sebahagian daripada 12 perenang dan pendayung kayak mengharung­i arus kuat dalam keadaan ribut sejauh 5.1 kilometer dari Pantai Chenang ke Pulau Tepor sebelum kembali semula ke lokasi permulaan, untuk membawa mesej merdeka dan tanda solidariti serta penghormat­an buat wira yang berjuang demi keharmonia­n negara, pada program ‘Renang Merdeka’, Langkawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia