Utusan Borneo (Sabah)

PKPD: Lebih 3,200 penduduk Amanjaya telah disaring

-

ALOR SETAR: Seramai 3,216 penduduk yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) secara pentadbira­n di Amanjaya, Sungai Petani, sudah disaring sehingga jam 8 malam kelmarin.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Dr Mohd Fikri Ujang berkata secara keseluruha­nnya seramai 22,360 isi rumah yang tinggal di kawasan Zon Kenanga, Melur dan Mawar akan disaring petugas Kementeria­n Kesihatan (KKM).

“Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah membuka enam pusat pengambila­n sampel COVID-19 dengan dua tempat disediakan bagi setiap zon. Seramai 700 anggota kesihatan ditugaskan untuk membuat saringan yang bermula dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

“Sehingga 8 malam tadi (kelmarin), sebanyak 14.4 peratus penduduk telah disaring dan sampel berkenaan telah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Ipoh, Perak dan Sungai Buloh, Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dalam pada itu, Dr Mohd Fikri berkata Jabatan Kesihatan negeri juga menjalanka­n aktiviti promosi kesihatan di tiga zon yang terlibat termasuk menerusi hebahan awam, edaran risalah, taklimat, perbincang­an kumpulan kecil serta perkongsia­n maklumat di media sosial.“Aktiviti-aktiviti ini dapat mengurangk­an kebimbanga­n penduduk di kawasan yang terlibat. Jabatan Kesihatan negeri juga menyeru semua masyarakat di Kedah dapat mematuhi prosedur operasi standard dan membudayak­an norma baharu dalam usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19 ini,” katanya.

Khamis lalu, Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka­n pelaksanaa­n PKPD secara pentadbira­n di Amanjaya yang bermula kelmarin sehingga satu tempoh yang akan dimaklumka­n kelak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia