Utusan Borneo (Sabah)

Kenaikan kompaun: KKM akan dapatkan maklum balas masyarakat

-

KOTA TINGGI: Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan mendapatka­n maklum balas masyarakat sebelum meneruskan langkah seterusnya berhubung cadangan menaikkan kadar kompaun bagi pelanggara­n Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ini berikutan ada pihak yang meminta agar kadar kompaun sedia ada dikurangka­n bagi memastikan rakyat, khususnya golongan berpendapa­tan rendah, tidak terbeban.

“Kementeria­n menyambut baik persetujua­n Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dalam pengumuman malam tadi (kelmarin) supaya kompaun dinaikkan atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Bagaimanap­un, kita akan tengok respons rakyat,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan 100,000 helai pelitup muka kepada Pertubuhan Gabungan Tahfiz Negeri Johor dan Pelancaran Harga Pelitup Muka Econsave di Econsave Taman Daiman Jaya di sini, semalam.

Kelmarin, dalam perutusan khasnya perdana menteri menyokong cadangan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah sebelum ini agar kompaun

RM1,000 terhadap mereka yang melanggar akta berkenaan dinaikkan.

Sementara itu, mengenai premis perniagaan tidak lagi perlu merekodkan suhu badan pengunjung, Dr Adham berkata kementeria­n tersebut tetap dengan pendirian langkah berkenaan adalah penting bagi mengesan mereka yang bergejala.

Katanya langkah itu juga masih diamalkan oleh negara luar yang memastikan mereka bersuhu badan 37.5 darjah

Celsius ke atas diasing untuk menjalani saringan awal COVID-19.

“Kewajaran untuk menggunaka­n pendekatan suhu masih diperlukan dan pemilik-pemilik premis masih digalakkan berbuat demikian bersama-sama dengan pemakaian pelitup muka,” katanya.

Isu pengambila­n suhu badan yang direkodkan di dalam buku pengunjung premis menjadi polemik dalam kalangan netizen susulan kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin bahawa perkara itu bercanggah dengan kerangka tatacara pengendali­an dan penyimpana­n data peribadi yang ditetapkan kerajaan.

Selain itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga dilaporkan berkata premis perniagaan tidak lagi perlu mengambil dan merekodkan suhu badan pengunjung. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Adham (dua kanan) bersama Mas Imran pada Majlis Penyerahan Sumbangan Pelitup Hidung dan Mulut oleh Econsave Cash & Carry Sdn Bhd kepada Gabungan Tahfiz Johor di Econsave Kota Tinggi, Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Adham (dua kanan) bersama Mas Imran pada Majlis Penyerahan Sumbangan Pelitup Hidung dan Mulut oleh Econsave Cash & Carry Sdn Bhd kepada Gabungan Tahfiz Johor di Econsave Kota Tinggi, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia