Utusan Borneo (Sabah)

LADA sasar kedatangan 2.5 juta pelancong ke Langkawi menerusi kempen LGS

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) menyasarka­n kedatangan 2.5 juta pelancong ke pulau peranginan itu sehingga akhir tahun ini menerusi kempen Langkawi Great Sale (LGS).

Ketua Pegawai Eksekutif LADA Dr Hezri Adnan berkata inisiatif yang diusahakan melalui penghasila­n Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi (Helang) itu merupakan julung kali diadakan dengan kerjasama daripada penggiat industri pelanconga­n tempatan.

“Sehingga Julai 2020 Pulau Langkawi menerima kehadiran pelancong seramai 1.1 juta orang dengan peningkata­n yang mendadak pada Julai seramai 189,000 orang iaitu selepas tamat tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP) dan kerajaan memberi kebenaran rentas negeri.

“Sekiranya jumlah ini dapat dikekalkan atau meningkat sehingga 200,000 tidak mustahil usaha untuk mencapai sasaran 2.5 juta pelancong ke Pulau Langkawi dapat dicapai,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen tersebut, di sini, semalam.

Hezri berkata, pada 2019 Langkawi menerima kedatangan 3.92 juta pelancong tempatan dan juga antarabang­sa.

Kempen promosi LGS yang bermula 1 Sept hingga 31 Dis, 2020 itu akan melibatkan semua pemain industri pelanconga­n Langkawi yang terdiri daripada pengusaha produk pelanconga­n, pengusaha hotel, ejen pelanconga­n, pemandu pelancong serta pengusaha kedai bebas cukai.Beliau berharap strategi dan inisiatif yang dilaksanak­an ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak sebagai langkah untuk memulihkan ekonomi setempat dan menjadikan Langkawi lebih kukuh serta berdaya tahan dalam mengharung­i fasa pemulihan ekonomi pasca-PKP.

Menurutnya, sebanyak empat pakej utama akan ditawarkan dalam kempen LGS itu dengan potongan harga istimewa kepada pelancong domestik iaitu pakej bulan madu, pakej keluarga, pakej kumpulan untuk tujuan mesyuarat, insentif, persidanga­n dan pameran (MICE) dan pakej kumpulan untuk tujuan bersantai.

“Pakej yang ditawarkan ini merangkumi penginapan, kenderaan, lawatan ke produk pelanconga­n serta pemberian baucar pembelian produk pelanconga­n terpilih,” kata Hezri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Hezri (kanan) semasa melancarka­n promosi Langkawi Great Sale (LGS) di sebuah pusat beli-belah, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Hezri (kanan) semasa melancarka­n promosi Langkawi Great Sale (LGS) di sebuah pusat beli-belah, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia