Utusan Borneo (Sabah)

Jualan Garaj Merdeka dan Pasar Buku BAHASA dapat sambutan menggalakk­an

- JASNI

KOTA KINABALU: Jualan Garaj Merdeka dan Pasar Buku BAHASA sempena Festival Sabah ke-9 2020 anjuran Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Koperasi Karyawan Sabah Bhd dengan Kerjasama Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Sabah yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos di Lorong 7, Taman Jumbo, Petagas Putatan mendapat sambutan yang menggalakk­an.

Presiden BAHASA, Datuk Jasni Matlani berkata, pasar buku berkenaan bukan sahaja memberi peluang kepada para penulis memasarkan buku mereka tetapi juga mengimarah­kan perkembang­an industri buku di Sabah.

“Selain itu ia juga memberi ruang kepada masyarakat mendapatka­n bukubuku yang baharu dan juga buku-buku yang terpakai hasil Karya penulis Malaysia, dan juga Indonesia,” katanya.

Jasni yang juga penerima SEA Write Award 2015, berkata, buku-buku itu boleh dibeli pada harga istimewa dengan potongan harga sehingga 70 peratus.

“lnilah pertama kali pasar buku seumpamany­a diwujudkan di negeri ini, katanya.

Beliau berkata, Pasar Buku yang diadakan setiap Sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang juga akan diadakan bulan Ogos sehingga Oktober 2020

Menururt Jasni lagi, BAHASA juga sedang merancang agar beberapa acara diadakan sempena pasar buku ini seperti acara bicara buku, pembacaan puisi santai dan sebagainya.

“Jika pasar buku ini mendapat sambutan, ia akan terus dilaksanak­an sepanjang tahun dan tentulah penambahna­ikan akan dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Justeru, Jasni mengalualu­kan masyarakat yang berada di sekitar Kota Kinabalu khususnya agar datang di pasar buku ini dan mendapatka­n pelbagai buku pada harga yang bersesuaia­n.

“Sesiapa sahaja yang berminat dan suka buku dipelawa untuk mendapatka­n buku-buku menarik hasil karya penulis terkenal di pasar buku ini.

“Jangan lepaskan peluang dan kita juga menyediaka­n SOP untuk mencegah penularan virus COVID-19 untuk pelanggan yang datang di sampling menggalakk­an mereka memakai pelitup muka,” katanya.

 ??  ?? PEMINAT BUKU: Antara pengunjung yang membeli buku di Jualan Garaj Merdeka dan Pasar Buku BAHASA.
PEMINAT BUKU: Antara pengunjung yang membeli buku di Jualan Garaj Merdeka dan Pasar Buku BAHASA.
 ??  ?? DAPAT SAMBUTAN: Antara pembeli buku sempena Jualan Garaj Merdeka dan Pasar Buku BAHASA.
DAPAT SAMBUTAN: Antara pembeli buku sempena Jualan Garaj Merdeka dan Pasar Buku BAHASA.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia