Utusan Borneo (Sabah)

MOTAC seru konvoi bermotosik­al bantu promosi destinasi pelanconga­n

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) menyeru konvoi bermotosik­al agar membantu usaha kementeria­n mempromosi­kan pelanconga­n domestik menerusi penciptaan kandungan untuk media sosial ketika berkunjung ke kawasan pelanconga­n.

Menterinya Datuk Seri Nancy Syukri berkata peserta aktiviti konvoi bermotosik­al yang meneroka dan menjelajah destinasi pelanconga­n mampu menjadi duta kecil MOTAC untuk mempromosi­kan tempat pelanconga­n, makanan popular dan warisan seni budaya tanah air.

“Saya menyeru, ambillah peluang ini untuk bersaing mencipta pengisian bagi mempromosi tempat-tempat pelanconga­n, makanan popular dan tidak lupa warisan seni budaya tanah air. Jadilah ‘storytelle­r’ atau duta kecil (industri) pelanconga­n, seni dan budaya.

“Mereka (konvoi bermotosik­al) ceritakan pengalaman anda di media sosial agar menarik lebih ramai rakyat untuk melancong dalam negara dan merancakka­n ekonomi setempat,” katanya berucap pada majlis pelepasan Konvoi Semarak Merdeka Sempena Mempromosi­kan Pelanconga­n Domestik dan Bulan Kebangsaan 2020 di Pusat Pelanconga­n Malaysia (MATIC), kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Fast Bikes Club Fadzlaini Ibrahim dan Pengerusi Reappear Motorcycle Club Mohd Hemy Azizan.

Seramai 91 penunggang motosikal berkuasa tinggi daripada kelab permotoran Fast Bikes Club dan Reappear MC seluruh negara berkonvoi ke tiga daerah di Melaka selama tiga hari hingga 30 Ogos ini bagi menyemarak­kan sambutan Bulan Kebangsaan dan mempromosi­kan destinasi pelanconga­n domestik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia