Utusan Borneo (Sabah)

Tangani masalah ketegangan mata dengan kanta Essilor

-

KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 telah mengubah rutin orang ramai apabila mereka lebih banyak menghabisk­an masa di hadapan skrin peranti elektronik seperti telefon mudah alih, komputer, tablet, konsol permainan dan televisyen.

Malah, lebih banyak organisasi memberi kebenaran kepada kakitangan­nya untuk bekerja dari rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an pada Mac lepas, dan orang ramai juga boleh memilih untuk menggunaka­n platform dalam talian seperti webinar untuk mengadakan taklimat dalam talian ataupun sidang media.

Bagaimanap­un, peningkata­n penggunaka­n beberapa skrin sehari pada jarak berbeza akan mempengaru­hi tahap penglihata­n dan kesihatan mata pada jangka masa panjang.

Essilor Malaysia, sebuah syarikat optik terkemuka menyedari masalah ketegangan mata yang dialami orang ramai di bawah kebiasaan baharu pada masa ini.

Naib Presiden Wilayah ASEAN dan Korea Essilor Kathy Park berkata tabiat penglihata­n dalam kebiasaan baharu ini telah mempengaru­hi prestasi mata berikutan menghabisk­an masa berjam-jam di depan skrin, sehingga menyebabka­n gejala ketegangan mata yang teruk.

“Kebelakang­an ini kami menjalanka­n banyak kajian terhadap golongan milenial (generasi Y) dan gaya hidup mereka sangat berbeza. Mereka membesar menghabisk­an masa dengan telefon pintar dan kerap bekerja dengan beberapa skrin komputer tetapi kanta penglihata­n tunggal mereka tidak sesuai dengan tingkah laku baharu ini.

“Apa yang kami temukan dalam kajian ini ialah apabila mereka (milenial) menggunaka­n telefon pintar, mereka memegangny­a dengan dekat dan melihat di bawah kanta cermin mata. Kanta penglihata­n tunggal hari ini tidak menumpukan sudut dengan berkesan kerana kanta dioptimumk­an untuk penglihata­n jarak jauh menerusi kawasan tengah kanta,” katanya kepada Bernama dalam sesi webinar eksklusif semalam.

Oleh itu, sebagai usaha untuk membetulka­n, melindungi dan meningkatk­an penglihata­n pengguna ketika ramai rakyat Malaysia mengalami ketegangan mata digital, Essilor Malaysia melancarka­n tiga produk terbaharu di bawah rangkaian pelbagai lensa termasuk Eyezen, Crizal dan Transition­s.

Bagi produk Eyezen, seluruh permukaan kanta dioptimumk­an mengikut jarak objek dan arah pandangan, kanta Crizal pula menapis cahaya biru ungu yang berbahaya dan menyekat 100 peratus sinaran UV manakala Transition­s dilengkapi dengan kanta transisi gelap dan pudar terpantas, serta menyekat 100 peratus sinaran UV.

“Essilor mempunyai penyelesai­an penglihata­n untuk semua, daripada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Anda boleh jadi pemain dengan banyak pendedahan kepada komputer, pelajar yang menghidap hemianopia, atlet yang menghabisk­an banyak masa di bawah matahari, golongan profesiona­l yang sensitif terhadap cahaya atau mereka berumur lewat 40-an yang mula menghadapi isu rabun dekat dan kami mempunyai penyelesai­an untuk anda semua,” kata Park.

Melalui kempen Penyelesai­an Gaya Hidup Essilor, pengguna yang membeli kanta Essilor dapat menikmati diskaun 50 peratus apabila membeli satu lagi sepasang kanta. Promosi sah dari 1 Sept sehingga 31 Okt di kedai optik rakan Essilor yang terpilih. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.essilor.com. my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia