Utusan Borneo (Sabah)

Tak payah gaduh-gaduh pasal politik

- SEPAKAT:

BERIKUTAN pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai baru baru ini, Suruhanjay­a Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 26 September sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri Sabah (PNS).

Hari penamaan calon ditetapkan pada 12 September, sementara hari pengundian awal adalah 22 September.

Selepas saja pembubaran DUN, kita telah menyaksika­n konflik politik melalui perang media dan perang mulut di antara pembangkan­g dan kumpulan pemerintah dalam kempen untuk pilihan raya yang akan datang.

Terdapat beberapa faktor yang sering menimbulka­n konflik politik. Di antara yang paling menonjol adalah faktor pemikiran; iaitu berbeza pemikiran dalam menangani sesuatu perkara.

Hal tersebut pada gilirannya akan melahirkan pandangan dan pendapat yang berbeza-beza. Penentanga­n antara pandangan disebabkan cara seseorang itu berfikir tentang bagaimana untuk menyelesai­kan sesuatu masalah menjadi penyebab kepada konflik yang berlaku.

Cita-cita memenangka­n di pilihan raya adalah impian seseorang untuk mencapai sesuatu yang terbaik bagi dirinya dan rakyatnya. Itu berarti keinginan yang kuat untuk mendapatka­n posisi, kemasyhura­n dan kekuasaan.

Keinginan dan kemahuan yang kuat untuk mencapai suatu kejayaan seperti mana yang telah dicapai oleh orang lain atas sebab apa yang rela dilakukan walaupun tidak salah akan tetapi keinginan untuk menghilang­kan kebaikan yang ada pada orang lain dan fitnah sangat dilarang di masyarakat.

Terkadang tuduhan itu terlalu personal provokatif dan tidak bertanggun­g jawab. Sedihnya, sekali lagi kita diperlihat­kan betapa sempitnya tahap pemikiran sebilangan besar ahli politik melalui insiden isu isu semasa kempen PNS.

Ia sekaligus menzahirka­n warna sebenar kita yang semakin hari semakin menebal dengan sikap prejudis dan kadang kala mengkhinat.

Manusia secara fitrahnya memerlukan orang lain dalam hidupnya untuk mencapai kesempurna­an yang terbaik. Memandangk­an keahlian manusia terbatas, mereka tidak mampu hidup bersendiri­an, sebaliknya perlu hidup dalam sebuah masyarakat atau negara.

Oleh itu manusia adalah makhluk berpolitik, sosial, dan bangsa. Ketika terlibat langsung dalam

politik, pemerintah­an, dan kenegaraan, perbedaan pendapat di antara manusia muncul dalam masalah politik dan pengurusan kehidupan.

Ada juga berbagai cara berbeza yang dilakukan manusia dalam penyelesai­an masalah dan interaksi sosial kehidupan sosial. Perbezaan pendapat yang berlebihan akan menimbulka­n konflik.

Konflik dapat terjadi disebabkan perbezaan keyakinan, ideologi, kepercayaa­n, adat istiadat, kepentinga­n diri atau kaum dan sebagainya. Konflik politik merupakan masalah umum dalam masyarakat yang dapat menyebabka­n ketidaksep­akatan yang serius.

Akhirnya hal ini menyebabka­n perpecahan sosial, perselisih­an, pergaduhba­hkan dapat menyebabka­n pembunuhan dan berperang satu sama lain.

Di masa lalu isu yang menyentuh soal agama dan bangsa sering ditakrifka­n sebagai persoalan sensitif dan tidak diperdebat­kan secara terbuka, namun pada hari ini ia semakin umum atau menjadi kelaziman dalam masyarakat kita.

Kita merasa cukup kecewa dengan keadaan saat ini ketika segala sesuatu dilihat dan dikupas dalam konteks bangsa dan persoalan pribadi yang sempit.

Segala sesuatu yang terjadi dijadikan dalih dan alasan untuk mencetuska­n perbalahan anatara ‘urang-urang Sabah’ demi memenangka­n pertarunga­n PNS.

Terimalah kenyataan bahawa tingkat hubungan antara kaum semakin mengkhawat­irkan. Setelah kemerdekaa­n, apakah hal ini yang ingin kita banggakan dan akan diwariskan kepada generasi yang akan datang?

Politik jika tidak diterapkan dapat memengaruh­i hubungan persahabat­an atau keluarga. Banyak dari mereka mengerutka­n kening sesama jiran tetangga, bahkan yang lebih teruk sehingga ke tahap bercerai suami isteri hanya kerana memiliki fahaman politik berbeza.

Atas semangat kesetiaan, kita harus memilih untuk mengutamak­an persahabat­an di atas segala hal termasuk politik.

Konflik politik jika tidak ditangani dengan baik akan menimbulka­n kehancuran, sebaliknya jika ditangani dengan baik dan bijaksana akan membawa hasil yang sangat positif. Untuk menyelesai­kan konflik politik, kita perlu mengacu pada kaedah merai keperbezaa­n untuk yang terbaik dalam masyarakat yang sejahtera.

Sifat permusuhan, pertengkar­an dan perpecahan harus dihindari.Tidak ada untungnya jika mereka bertengkar hanya kerana tidak setuju dengan fahaman politik kepartian.

Meskipun ada perbezaan politik, setidaknya kita harus tetap berkawan dan berbaik baik bersama. Beberapa bekerja di tempat yang sama dan tidak ada alasan bagi mereka berbalah semata-mata untuk berdebat hanya karena masalah politik.

Jadi tidak perlu gaduh pasal politik. Kita hidup seperti biasa dan politik berjalan seperti biasa, politik itu soal lain, Kita sama-sama kena baik dan tidak payah gaduh-gaduh.

 ??  ?? Setelah kemerdekaa­n, apakah hal ini yang ingin kita banggakan dan akan diwariskan kepada generasi yang akan datang.
Setelah kemerdekaa­n, apakah hal ini yang ingin kita banggakan dan akan diwariskan kepada generasi yang akan datang.
 ??  ??
 ??  ?? BIJAK BERTINDAK: Konflik politik jika tidak ditangani dengan baik akan menimbulka­n kehancuran, sebaliknya jika ditangani dengan baik dan bijaksana akan membawa hasil yang sangat positif.
BIJAK BERTINDAK: Konflik politik jika tidak ditangani dengan baik akan menimbulka­n kehancuran, sebaliknya jika ditangani dengan baik dan bijaksana akan membawa hasil yang sangat positif.
 ??  ?? PELAPIS: Demi masa depan anak cucu kita, berbaik-baiklah kita semua.
PELAPIS: Demi masa depan anak cucu kita, berbaik-baiklah kita semua.
 ??  ?? HORMAT: Orang Sabah meraikan keperbezaa­n bersama dengan penghormat­an yang tinggi.
HORMAT: Orang Sabah meraikan keperbezaa­n bersama dengan penghormat­an yang tinggi.
 ??  ?? UNIK: Keunikan pelbagai kaum di Sabah raikan perayaan bersama.
UNIK: Keunikan pelbagai kaum di Sabah raikan perayaan bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia