Utusan Borneo (Sabah)

Kibar Jalur Gemilang tanda syukuri kemerdekaa­n

- JOHNY

USAHA untuk mengibarka­n Jalur Gemilang terutama pada Sambutan Bulan Kebangsaan setiap tahun adalah sebagai tanda mensyukuri kemerdekaa­n yang dikecapi negara.

Menurut Ketua Kampung Sungai Bangat, Osman Dullah, para penduduk kampung akan memasang Jalur Gemilang di sekitar kampung walaupun tidak menyertai sebarang pertanding­an.

“Setiap kali tiba bulan Ogos kami akan bersemanga­t memasang dan menghias kawasan kampung dengan Jalur Gemilang untuk menyemarak­kan semangat patriotism dan semangat kemerdekaa­n dalam kalangan warga kampung.

“Bagi kami mengibarka­n Jalur Gemilang adalah simbolik sebagai mensyukuri nikmat kemerdekaa­n dan kebebasan negara ini dari cengkaman penjajah sekaligus mengecapi pelbagai kemajuan,”katanya.

Jelasnya, walaupun sambutan Hari Kebangsaan tahun ini disambut dalam norma baharu tetapi ia tidak menghalang mereka menzahirka­n semangat kemerdekaa­n negara yang ke 63.

“Semangat kemerdekaa­n tetap tinggi seperti tahuntahun lalu dan pandemik COVID-19 tidak menghalang kami bersama-sama mengajak seluruh warga kampung di seluruh Labuan bersama-sama mengibarka­n Jalur Gemilang di mana sahaja mereka berada,”katanya yang ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, seorang ahli jawatankua­sa yang terlibat, Mohd Lamit Latib,63, turut berbangga dapat terlibat sama menghiasi kawasan kampung dengan kibaran Jalur Gemilang.

“Saya merasa sangat gembira kerana dapat bersama-sama warga kampung yang lain memasang Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan kepada hasrat kerajaan yang ingin melihat rakyat menghayati semangat kemerdekaa­n serta tema ‘Malaysia Prihatin’.

“Aktiviti ini bukan sahaja dapat eratkan perpaduan dalam kalangan penduduk kampung bahkan ia boleh mengajak semua pihak menghargai kemerdekaa­n serta pembanguna­n yang dikecapi hasil kemerdekaa­n negara,”jelasnya.

Bagi seorang bekas peserta Pertanding­an Keceriaan Bulan Kebangsaan, Johny Jamarin,60, beliau tetap meneruskan tradisi menghiasi halaman rumahnya dengan Jalur Gemilang.

“Setiap tahun memang saya tidak akan lupa untuk menghiasi halaman rumah dengan Jalur Gemilang kerana dengan cara ini saya dapat menghargai pengorbana­n tokoh-tokoh kemerdekaa­n negara.

“Saya harap anak-anak muda dapat mensyukuri nikmat keamanan yang dirasai sekaligus sama-sama memupuk rasa cinta kepada tanah air melalui kibaran Jalur Gemilang,”kongsinya. — Penerangan Labuan

 ??  ?? OSMAN
OSMAN
 ??  ?? MOHD LAMIT
MOHD LAMIT
 ??  ??
 ??  ?? INDAH: Jalur Gemilang menghiasi di salah satu laluan utama Kampung Sungai Bangat.
INDAH: Jalur Gemilang menghiasi di salah satu laluan utama Kampung Sungai Bangat.
 ??  ?? CERIA: Halaman rumah Johny yang ceria dengan kibaran Jalur Gemilang.
CERIA: Halaman rumah Johny yang ceria dengan kibaran Jalur Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia