Utusan Borneo (Sabah)

Silva teruja sertai Chelsea, bantu Lampard kukuh pasukan

Bekas kapten Paris Saint Germain itu menyetujui kontrak awal selama setahun dengan kelab Liga Perdana Inggeris

-

Bekas kapten Paris Saint Germain itu menyetujui kontrak awal selama setahun dengan kelab Liga Perdana Inggeris

“Saya begitu gembira untuk menyertai Chelsea. Saya amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada skuad Frank Lampard yang mengujakan pada musim akan datang dan saya di sini untuk ” memberikan cabaran kejuaraan.

LONDON: Perubahan yang dibuat oleh Frank Lampard dalam Chelsea semakin rancak kelmarin apabila ia menandatan­gani bekas kapten Paris Saint Germain (PSG), Thiago Silva, secara percuma.

Silva, 35, menyetujui kontrak awal selama setahun dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, yang mempunyai pilihan untuk melanjutka­n kontrak tersebut selama semusim lagi.

“Saya begitu gembira untuk menyertai Chelsea. Saya amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada skuad Frank Lampard yang mengujakan pada musim akan datang dan saya di sini untuk memberikan cabaran kejuaraan,” kata Silva dalam laman sesawang Chelsea.

“Jumpa anda tidak lama lagi, penyokong Chelsea, saya mengalu-alukan kesempatan untuk bermain di Stamford Bridge dalam masa terdekat.”

Pembabitan Silva selama lapan tahun di Paris berakhir dengan kekalahan 1-0 dalam perlawanan akhir Liga JuaraJuara kepada Bayern Munich di Lisbon pada hujung minggu lepas.

Bekas pemain pertahanan tengah AC Milan itu merupakan kelainan daripada protokol biasa Chelsea yang memberi tumpuan kepada usaha mendapatka­n pemain penting yang belum lagi mencapai kemuncak prestasi mereka.

Tetapi Lampad bertindak dengan cepat untuk memperkuat­kan barisan pertahanan yang melepaskan jumlah jaringan dalam EPL yang lebih banyak berbanding mana-mana pasukan lain dalam kelompok 10 pasukan teratas.

Silva memenangi tujuh kejuaraan Ligue 1 bersama PSG dan dijangka akan menyumbang pengalaman dan kepimpinan di tengah barisan pertahanan Lampard.

Dengan empat pemain sekarang yang tidak konsisten, iaitu Antonio Rudiger, Kurt Zouma, Fikayo Tomori dan Andreas Christense­n, sebagai pilihan pemain pertahanan tengah sekarang bagi Lampard, Silva nampak pasti akan menjadi pemain tetap pada permulaan musim.

Satu-satu tanda tanya ialah sama ada Silva yang semakin berusia dapat menangani tuntutan fizikal yang unik dalam EP, terutamany­a pada musim yang dijangka lebih sibuk berbanding kebiasaan disebabkan oleh tarikh permulaan yang lewat.

“Kami sangat gembira untuk dapat menambah seorang pemain dengan tauliah kelas dunia Thiago Silva yang terbukti kepada skuad kami,” kata pengarah Chelsea, Marina Granovskai­a.

“Selepas bermain pada peringkat tertinggi selama bertahun-tahun, kami tidak ada keraguan bahawa pengalaman dan kualitinya akan melengkapi banyak bakat mengujakan yang kami sudah miliki di sini.

“Thiago pasti sangat cocok sekali dan kami harap dia dapat menambah beberapa piala bahru kepada senarai kejuaraann­ya yang mengagumka­n.”

Silva, yang bermain selama 315 kali untuk PSG dan memenangi 23 piala, menulis ucapan selamat jalan yang emosional dalam media sosial.

“Pada hari ini, satu kitaran berakhir, selepas lapan tahun bersama PSG, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan, semua pasukan teknikal dan pengurusan, penyokong, keluarga saya, Tuhan dan rakan-rakan saya, bagi semua waktu gembira yang kami alami di Kota Cahaya,” dia menulis.

“Di sini, bersama isteri saya @bellesilva, kami telah mengalami waktu yang tidak dapat dilupakan, anak-anak kami sudah membesar, kami sudah menjadi warga Perancis, dan kami akan selama-lamanya membawa tahun-tahun ini dan Perancis di dalam hati kami. Terima kasih banyakbany­ak.”

Silva merupakan pemain terbaharu yang akan tiba di Stamford Bridge dalam usaha Lampard membina semula pasukan yang menamatkan musim lepas di tempat keempat dalam liga utama, 33 mata di belakang juara Liverpool, dan tewas dalam perlawanan akhir Piala FA kepada Arsenal.

Lampard sudah menandatan­gani pemain pertahanan kiri Leicester, Ben Chilwell, penyerang Leipzig, Timo Werner, pemain tengah Ajax, Hakim Ziyech, dan bekas pemain pertahanan Nice, Malang Sarr. Chelsea juga dijangka

akan menandatan­gani penyerang Bayer Leverkusen, Kai Havertz, tidak lama lagi dalam perjanjian bernilai £90 juta (RM540 juta) yang akan menjadikan jumlah keseluruha­n perbelanja­an mereka dalam jendela musim panas sebanyak £230 juta (RM1.38 bilion), satu rekod EPL.

Lampard dipercayai mahu mendapatka­n lebih ramai lagi pemain sebelum musim baharu bermula, dengan seorang penjaga gol untuk menggantik­an Kepa Arrizabala­ga yang kerap melakukan kesilapan selain seorang lagi pemain pertahanan dalam senarai pemain yang dikehendak­inya.

Rekrut baharu Lampard mungkin akan membuat penampilan sulung mereka dalam perlawanan pembukaan Chelsea dalam EPL di Brighton pada 14 September. — AFP

Thiago Silva Bekas Kapten Paris Saint Germain (PSG)

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PERSIAPAN AKHIR: (Dari kiri) Pemain Paris Saint-Germain Thiago Silva, Neymar dan Kylian Mbappe memanaskan badan terlebih dahulu sebelum perlawanan final Liga Juara-Juara antara Paris SaintGerma­in dan Bayern Munich di stadium Luz di Lisbon baru-baru ini.
— Gambar AFP PERSIAPAN AKHIR: (Dari kiri) Pemain Paris Saint-Germain Thiago Silva, Neymar dan Kylian Mbappe memanaskan badan terlebih dahulu sebelum perlawanan final Liga Juara-Juara antara Paris SaintGerma­in dan Bayern Munich di stadium Luz di Lisbon baru-baru ini.
 ??  ?? LAMPARD
LAMPARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia