Utusan Borneo (Sabah)

Semua kejohanan utama anjuran BWF menjalani ujian COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) melaksanak­an ujian COVID-19 dalam semua kejohanan utama serta siri kejohanan Jelajah Dunia mengurangk­an penularan pandemik itu.

Menurut badan induk badminton dunia dalam satu kenyataan semalam, pelaksanaa­n ujian itu akan melibatkan kakitangan yang berdaftar diuji terlebih dahulu sebelum setiap kejohanan mengikut garis panduan Protokol Keselamata­n dan Prosedur Operasi yang ditetapkan BWF.

“Sekurang-kurangnya satu ujian wajib akan dibuat bagi setiap pemain pada setiap acara,” kata kenyataan itu semalam.

BWF juga memaklumka­n pegawai kejohanan dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu Hijau, Jingga dan Merah.

Kategori Hijau merangkumi semua pemegang taruh kontak rapat dengan pemain dan rombongan pemain, sementara kategori Jingga melibatkan semua pemegang taruh biasanya dianggap sebagai kontak rapat dengan pemain dan rombongan pemain secara tidak tetap sepanjang kejohanan.

Kategori Merah melibatkan kakitangan biasanya tidak bersentuha­n dengan pemain dan rombongan mereka.

Kelmarin, BWF melancarka­n kalendar kejohanan Jelajah Dunia yang diselarask­an untuk musim ini akibat pandemik itu.

Berdasarka­n kalendar kejohanan itu, pusingan akhir Piala Thomas dan Uber 2020 akan berlangsun­g seperti dijadualka­n pada 3-11 Oktober di Aarhus, Denmark.

Sebaik sahaja kejohanan berprestij itu tamat, kejohanan Jelajah Dunia akan disambung semula dengan Terbuka Denmark I dan II di Odense masing-masing pada 13-18 Okt dan 20-25 Okt.

Seterusnya, Jelajah Dunia akan diteruskan dengan tiga kejohanan di rantau Asia pada November sebelum musim pertanding­an tamat dengan Final Jelajah Dunia.

Bagaimanap­un, BWF masih belum menetapkan tarikh dan lokasi acara itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia