Utusan Borneo (Sabah)

Kuching City FC ‘gigit jari’

Ditewaskan Selangor II dengan 4-1 di halaman sendiri pada aksi Liga Perdana 2020

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Pasukan Kuching City FC gagal memanfaatk­an kelebihan bermain di halaman sendiri selepas tewas 4-1 kepada Selangor II pada perlawanan Liga Perdana 2020 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini malam kelmarin.

Pasukan tuan rumah turun tanpa penyerang import, Hudson Dias dikejutkan dengan gol pembukaan pasukan pelawat pada minit ke-25 menerusi pemainnya, Ahmad Danial.

Babak pertama perlawanan menyaksika­n keduadua pasukan saling berbalas serangan namun buntu untuk menjaringk­an gol.

Masuk masa kedua perlawanan, Selangor II terus menggandak­an gol menerusi pemain gantian, Mohd Fazrul pada minit ke-47.

Derita Kuching City FC bertambah parah dengan jaringan ketiga pasukan pelawat menerusi pemain tengah, Ahmad Daniel yang berjaya merobek gawang tuan rumah beberapa minit selepas itu.

Bagaimanap­un, pada minit ke-80 pasukan tuan rumah berjaya memecah kebuntuan gol apabila penyerang prolifik, Joseph Kalang Tie berjaya membolosi gawang lawan dengan gol tunggal.

Namun, Selangor II kembali menggandak­an jaringan keempat menerusi tendangan percuma di luar petak penalti pada minit ke-83 sekali gus meleburkan hasrat Kuching

City FC.

Keputusan 4-1 kekal hingga akhir perlawanan menyaksika­n Kuching City FC tewas dengan jaringan besar.

Penolong Jurulatih Kuching City FC, Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah berkata kekalahan itu berpunca daripada persediaan pasukan terbantut akibat COVID-19.

Katanya, Selangor II mempunyai persediaan yang cukup sebelum datang menentang Kuching City FC dengan mengadakan perlawanan persahabat­an bersama pasukan-pasukan setaraf dan lebih kuat.

“Ini jauh perbezaan jika dibandingk­an dengan pasukan Kuching City FC hanya mempunyai dua minggu untuk bersedia dan tidak mengadakan perlawanan persahabat­an kompetif.

“Persiapan kita tergendala akibat COVID-19 dan terdapat pemain-pemain mengalami kecederaan malah kita hanya mempunyai dua minggu mengadakan persediaan menentang Selangor II,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini malam kelmarin.

Dalam pada itu, Ahmad berkata pihaknya tidak terlalu memikirkan keputusan tersebut dan mahu fokus kepada perlawanan seterusnya menentang Perak II selepas ini.

“Mungkin pemain-pemain yang cedera mampu pulih dan bersedia untuk bermain pada beberapa perlawanan nanti. Kita akan berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Selangor II berkata pengurusan gembira dengan prestasi pasukannya.

Beliau berkata, pemainpema­in melakukan persembaha­n yang baik sepanjang perlawanan dan mereka menggunaka­n peluang untuk mencipta kemenangan di tempat lawan.

“Persiapan kita tergendala akibat COVID-19 dan terdapat pemain-pemain mengalami kecederaan malah kita hanya mempunyai dua minggu mengadakan persediaan menentang ” Selangor II. Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah Penolong Jurulatih Kuching City FC

 ??  ?? ASAK: Joseph cuba membuat sepakan sambil dikawal ketat tiga pemain Selangor II pada aksi Liga Perdana 2020 di Stadium Negeri, Petra Jaya malam Jumaat lalu.
ASAK: Joseph cuba membuat sepakan sambil dikawal ketat tiga pemain Selangor II pada aksi Liga Perdana 2020 di Stadium Negeri, Petra Jaya malam Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia