Utusan Borneo (Sabah)

Ibrahimovi­c akan terus beraksi untuk AC Milan

-

MILAN: Zlatan Ibrahimovi­c akan terus bermain AC Milan pada musim akan datang selepas persetujua­n dicapai mengenai kontrak baharu yang dilaporkan bernilai 7 juta euro (RM35 juta) tanpa bonus, menurut beberapa laporan di Itali kelmarin.

Ibrahimovi­c, yang akan berusia 39 tahun pada Oktober, kelmarin menunjukka­n gambar dirinya dalam media sosial sambil memakai jersi AC Milan dengan nombor 11 yang ditulis di atas nombor 21, dan tangan terbuka luas. “Seperti apa yang saya pernah katakan, saya baharu memanaskan badan.”

Penyerang Sweden itu turut memaparkan gambar yang menunjukka­n dia berbaring dengan santai dengan kapsyen “Keadaan senyap sebelum taufan”.

Akhbar Gazzetta Dello Sport melaporkan Ibrahimovi­c dijangka kembali ke Milan sebelum musim baharu bermula pada 29 Ogos (semalam), hari sama dia pertama kali menyertai kelab itu pada 2010.

Ibrahimovi­c menyertai semula Milan pada Januari lalu dengan kontrak selama enam bulan setelah dia meninggalk­an kelab Los Angeles Galaxy, dengan perjanjian bernilai 3.5 juta euro (RM17.5 juta) dan pilihan bagi tambahan semusim.

Bekas bintang Manchester United, Paris Saint-Germain dan Barcelona itu telah memberi impak yang besar, dengan 11 jaringan dalam 20 perlawanan.

“Saya fikir semua kita dapat lihat bahawa Ibra telah memainkan peranan yang penting dalam musim kami dan perkembang­an kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AC Milan, Ivan Gazidis, pada minggu ini.

“Kami melakukan segala yang termampu untuk memastikan ini dapat diteruskan.”

Bekas juara Eropah sebanyak tujuh kali itu naik dari tempat ke-11 ketika dia tiba ke tempat keenam, selepas mereka menamatkan musim liga dengan 12 perlawanan berturut-turut tanpa kekalahan.

Ibrahimovi­c membantu AC Milan untuk memenangi kejuaraan terakhir mereka daripda 18 kejuaraan Serie pada 2011.

Dia juga memenangi tiga kejuaraan liga bersama Inter Milan dan dua bersama Juventus tetapi kedua-dua kejuaraan itu ditarik balik disebabkan oleh skandal penetapan keputusan perlawanan ‘Calciopoli’.

Musim di Itali bermula lagi pada 19 September. — AFP

 ??  ?? IBRAHIMOVI­C
IBRAHIMOVI­C

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia