Utusan Borneo (Sabah)

Empat pemain positif koronaviru­s, Roma tunda latihan

-

MILAN: Kelab Serie A Roma menunda kepulangan kelab itu ke latihan bagi musim baharu kelmarin selepas empat pemainnya didapati positif dalam saringan c.

Selepas penjaga gol Antonio Mirante mengumumka­n dia positif pada minggu lepas, penyerang dari Sepanyol

Carles Perez pada Khamis lepas mengesahka­n dia juga dijangkiti COVID-19.

Kelmarin pemain pertahanan kiri dari Brazil Bruno Peres berkata dalam Istagram bahawa dia juga “malangnya positif” tetapi tidak ada gejala.

“Saya akan menghormat­i hari-hari pengasinga­n tetapi saya tidak sabar lagi mahu kembali bekerja bersama rakan-rakan lain dalam pasukan,” tulis Peres sebelum liga Itali dijadual bermula lagi pada 19 September.

Penyerang Belanda Justin Kluivert merupakan pemain keempat yang didapati positif, menurut Sky Sport Italia dan Gazzetta Dello Sport.

Kluivert, 21 tahun, baharu sahaja kembali selepas percutian di Belanda dan Pulau Ibiza di Sepanyol.

Roma menangguhk­an latihan selama 24 jam lagi, dengan saringan baharu ke atas pemain semalam, menurut laporan media.

Pasukan lain di Itali turut melaporkan kes positif selepas pemain dan kakitangan pulang daripada percutian.

Jurulatih Bologna, Sinisa Mihajlovic, yang menjalani rawatan untuk leukemia sejak tahun lepas, didapati positif bagi COVID-19 dan kini sudah diasingkan.

Kelab di Sardinia, Cagliari, telah mencatatka­n empat pemain positif – Filip Bradaric, Luca Ceppitelli, Alberto Cerri dan Kiril Despodov.

Sassuolo mengumumka­n kes positif bagi penyerang Jeremie Boga manakal penyerang Napoli, Andrea Petagna, juga didapati positif bagi virus itu.

Torino mengumumka­n dua kes, tanpa mendedahka­n nama, sama seperti kelab yang baharu naik ke liga utama, Benevento. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia