Utusan Borneo (Sabah)

PBS, STAR akur tidak bertembung sesama sendiri di empat DUN

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) akur dengan keputusan Perikatan Nasional (PN) untuk tidak bertembung sesama sendiri di empat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kata sepakat itu tercapai diantara PBS bersama STAR di DUN Tambunan, Bingkor, Bengkoka dan Api-Api.

“Usaha ini adalah bagi memastikan kita mampu mencapai kemenangan besar seterusnya mengambil alih pemerintah­an Sabah.

“Perkara ini sudah dibincangk­an beberapa hari, dan ada beberapa hari lagi sebelum mengundi untuk kita bincangkan bersama rakan yang lain agar tidak bertembung sesama sendiri,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, caloncalon yang tarik diri ini adalah ada sukarela sendiri tanpa ada sebarang ugutan daripada pihak PN.

“Usaha ini sudah pasti memberikan peluang kepada calon kita untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri kali ini. Saya ucapkan terima kasih kepada pengorbana­n calon-calon yang tarik diri.

“Semua lakukan secara sukarela dan sudah pun menurunkan tanda tangan masing-masing,” katanya.

Menurutnya, banyak lagi kawasan untuk dibincangk­an bagi memastikan tidak wujud pertembung­an diantara PN dan PBS, tetapi kedua-dua pihak perlu memastikan penyokong masing-masing menerima keputusan itu.

“Perkara ini sudah dibincangk­an dengan Presiden PBS di rumahnya di Kuala Lumpur pada Ahad lalu, Datuk Jeffrey Kitingan juga telah bersetuju dengan perjumpaan ini dan beliau telah berbincang dengan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengenai hasrat itu,” katanya.

Hamzah menjelaska­n kesemua perkara itu dilakukan demi kebaikan bersama dalam PRN Sabah kali ini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Calon DUN PBS Tamparuli merangkap Setiausaha Agung PBS Datuk Jahid Jahim serta calon-calon dari PBS dan STAR yang bersetuju tarik diri.

 ??  ?? SELESAI: Hamzah (tengah), Jahid (kiri) dan Jeffrey merakamkan gambar kenangan selepas capai kata sepakat
SELESAI: Hamzah (tengah), Jahid (kiri) dan Jeffrey merakamkan gambar kenangan selepas capai kata sepakat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia