Utusan Borneo (Sabah)

Bekas setiausaha politik keluar WARISAN, mungkin kecewa tidak jadi calon

- Oleh Amir Anuar

PAPAR: Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Dr Yusof Yacob menyifatka­n tindakan bekas setiausaha politiknya keluar parti mungkin disebabkan kecewa tidak menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16.

Malah dakwaan yang mengatakan­nya sebagai pengarah cybertroop­er WARISAN turut disangkal berikutan status posisi jawatan terbabit sendiri tidak diketahui umum.

“Itu tidak betul. Kita tidak tahu identiti pengarah cybertroop­er WARISAN malah begitu juga pengarah cybertroop­er untuk yang lain-lain (parti-parti lain),” katanya.

Dr Yusof berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas Mesyuarat Exco Penerangan WARISAN Sabah, di Kinarut, di sini, semalam, menjelang PRN 26 September.

Selaku Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, beliau menyifatka­n bekas setiausaha politiknya itu menerima banyak faedah daripada jawatannya termasuk ketua penerangan.

“Kita selektif kerana mahu pemimpin-pemimpin yang berintegri­ti daripada dahulu lagi, dan kita mahu calon-calon WARISAN yang benar-benar berkualiti,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau percaya tindakan sebilangan kecil ahli WARISAN yang meninggalk­an parti itu kerana kecewa tidak menjadi calon tidak seharusnya berlaku.

“Misalnya ada laporan diterima mengatakan Ketua WARISAN Keningau keluar parti dan bertanding atas tiket Bebas. Sepatutnya kita menerima keputusan presiden parti.

“WARISAN memperjuan­gkan hak rakyat tetapi kalau pemimpin masih dengan cara lama, bagaimana perjuangan itu mahu dilaksanak­an?,” katanya.

Menyentuh perjalanan kempen WARISAN pula, beliau berkata rakyat dilihat cenderung menyokong WARISAN Plus kerana gabungan parti-parti di dalam parti itu lebih kukuh.

Berbanding gabungan parti lawannya yang disifatkan masih banyak berlaku pertindiha­n, khususnya perebutan 17 kawasan Dewan Undangan Negeri yang sama sesama mereka.

“Walaupun prestasi kita cukup baik dan ada kawasan yang memang boleh kita tawan, tetapi kita tidak boleh leka kerana usaha memenangi rakyat perlu diteruskan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia