Utusan Borneo (Sabah)

Achmad terus perkenalka­n perjuangan­nya

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Achmad Noorasyrul Noortaip berkata perjuangan­nya terutama untuk generasi muda terus mendapat sambutan baik di kalangan warga DUN N18 Inanam.

“Saya sudah berkunjung lebih 50 peratus kawasan ini (DUN N18 Inanam yang merangkumi daerah Inanam, Manggatal dan Telipok) sepanjang tempoh kempen setakat ini (malam semalam) dan penerimaan masyarakat terhadap perjuangan saya amat baik.

“Sebenarnya saya sudah lama keluar masuk kampung di kawasan ini menerusi program amal sejak 10 tahun lalu. Sekarang, saya hanya meneruskan­nya tapi kali ini saya turut berkempen sebagai calon Bebas dengan lambang pokok di N18 Inanam,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berkempen di Kg. Kionsom, Inanam, malam semalam.

Dalam kempennya, Achmad lebih banyak mengutarak­an perjuangan­nya dalam menyelesai­kan masalah utama rakyat khususnya dikalangan belia dan mereka yang kesusahan termasuk yang disebabkan pergolakan politik di negeri dan negara ini.

“Banyak masalah rakyat tidak selesai kerana wakil rakyat tidak tahu jalankan tugas mereka sebenarnya. Apa yang mereka lakukan, sama seperti yang NGO pun boleh buat.

“Kita mahu wakil rakyat yang boleh memberi idea menggubal polisi yang memudahkan rakyat menyelesai­kan masalah. Tidak cukup hanya beri bantuan. Kita mahu mereka dibantu dan ada aktiviti yang membolehka­n mereka berdikari seterusnya keluar dari masalah sebenar,” katanya.

Pada usia 33 tahun, Achmad ialah calon termuda dikalangan 10 calon yang bertanding di DUN N18 Inanam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16, 26 September ini.

Calon lain ialah Tan Sri Chong Kah Kiat (LDP), Kenny Chua (Bebas), Datuk William Majinbon (PBS), Francis Goh (Gagasan), Peto Galim (PKR), Terence Tsen (PKAN), George Ngui (Bebas), Mohd Hardy Abdullah @ Zoro Yukon (USNO) dan calon tunggal wanita Regina Lim (PCS).

 ??  ?? KEMPEN: Achmad (depan) bersama pengundi di salah satu lokasi di Kg. Kionson Inanam.
KEMPEN: Achmad (depan) bersama pengundi di salah satu lokasi di Kg. Kionson Inanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia