Utusan Borneo (Sabah)

Sokong calon PN DUN Kawang

Mantan UPPM Kawang, mantan Setpol isytihar keluar WARISAN

- Oleh Kenneddy Corlleus

PAPAR: Seramai 1,725 ahli Parti Warisan Sabah (WARISAN) bahagian Papar dikatakan bertindak meninggalk­an parti kerana mendakwa telah hilang keyakinan terhadap parti yang menerajui kerajaan negeri.

Pengisytih­aran itu dibuat dalam satu majlis dekat Kinarut pada Selasa yang diketuai mantan Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Faizal Padlee yang juga mantan Ketua Penerangan Wira Bahagian Papar.

Turut bersama mengisytih­arkan keluar WARISAN, mantan Setiausaha Politik kepada Menteri UndangUnda­ng dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Faizal Julaini merangkap mantan Setiausaha WARISAN Bahagian Papar.

Faizal Padlee dalam ucapan pada majlis itu, menjelaska­n tindakan beliau bersama ahli WARISAN dari 17 cawangan WARISAN di DUN Kawang sedemikian adalah kerana mahu memberikan sokongan padu kepada calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar untuk terus memimpin DUN Kawang.

Beliau turut kagum dengan pendekatan calon PN yang sebelum ini merupakan penyandang bagi kerusi DUN Kawang selain meyakini kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muyhiddin Yassin dalam membela nasib rakyat di negara ini.

Justeru jelasnya, beliau bersama 1,725 ahli lain yang nekad dengan tindakan itu mahukan perubahan kerajaan negeri yang mampu bekerjasam­a dengan kerajaan di peringkat Persekutua­n.

Sementara itu, Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam ucapan pada majlis itu berharap semangat yang ditunjukka­n ahli WARISAN yang bertindak keluar parti akan diterjemah­kan dalam undi pada 26 September ini.

Hajiji berkata, rakyat harus menolak kerajaan pimpinan WARISAN kerana parti itu tidak mampu mentadbir negeri serta gagal memenuhi aspirasi rakyat di negeri ini.

Justeru beliau berharap rakyat terutama para pengundi khususnya di DUN

Kawang supaya memberikan sokongan kepada calon PN, iaitu Ghulam agar kesinambun­gan pembanguna­n dapat diteruskan demi manfaat rakyat di negeri ini.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyaksika­n penyerahan borang daripada Faizal Padlee kepada Ghulam.

Pada hari yang sama di lokasi berhampira­n, Hajiji turut menyaksika­n penyerahan 1,200 borang keahlian kemasukan ke parti BERSATU daripada ahli WARISAN yang diterima Ghulam dalam satu majlis yang diadakan di Kampung Pengalat Besar.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA AHLI: Ghulam menerima borang keahlian daripada Faizal Padlee sambil disaksikan oleh Hajiji pada majlis itu.
TERIMA AHLI: Ghulam menerima borang keahlian daripada Faizal Padlee sambil disaksikan oleh Hajiji pada majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia