Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh: PM

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan Perikatan Nasional masih teguh dan beliau adalah Perdana Menteri yang sah.

Katanya Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktika­n dakwaan berhubung mempunyai sokongan majoriti ahliahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan menurut proses dan kaedah yang ditentukan Perlembaga­an Persekutua­n.

“Tanpa melalui proses itu, kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah dakwaan sematamata.

“Sehingga dibuktikan sebaliknya, kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Muhyiddin turut memohon rakyat bertenang menghadapi situasi terbaharu ini.

“Insya-Allah, isu ini akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin menyeru rakyat menolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik yang sengaja mahu menjejaska­n kestabilan politik dan pelan pemulihan ekonomi negara yang sedang dilaksanak­an dengan baik pada masa ini.

Perdana Menteri berkata apa yang perlu adalah sebuah kerajaan yang stabil dan teguh dengan sokongan rakyat, supaya lebih banyak inisiatif memulihkan ekonomi dan membantu rakyat dapat dilaksanak­an dengan berkesan.

“Saya ingin mengajak saudara dan saudari sekalian supaya bersama-sama dengan saya dan rakan-rakan dalam Kerajaan Perikatan Nasional untuk mengemudi negara dalam keadaan kita masih berhadapan dengan krisis ekonomi dan kesihatan pada masa ini.

“Pengumuman yang saya buat pada hari ini menandakan Kerajaan Perikatan Nasional mendengar rintihan saudara dan saudari sekalian.

“Kita cuba sedaya upaya untuk membantu rakyat menghadapi detik yang sukar ini,” katanya dalam pengumuman khas Kerangka Inisiatif Tambahan Khas (KITA PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung semalam.

 ??  ?? MUHYIDDIN
MUHYIDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia