Utusan Borneo (Sabah)

HANYA TUNTUT HAK DEMI SABAH

Usaha kerajaan WARISAN memastikan pembanguna­n dapat dilaksana, kata Jaujan

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Kerajaan Parti Warisan Sabah (WARISAN) hanya tuntut hak yang sepatutnya negeri Sabah dapat supaya pembanguna­n dapat dilaksanak­an dengan baik.

Naib Presiden WARISAN Datuk Jaujan Sambakong berkata, kerajaan Sabah menuntut peruntukan kepada Persekutua­n kerana itu hak negeri seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Cukuplah selama 26 tahun mereka kuasai dan mengaut hasil bumi Sabah, sekarang rakyat sudah sedar perbuatan mereka tidak mencermink­an mahu membela nasib rakyat di Sabah.

“Sebaik sahaja Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal perjuangka­n hak Sabah, mereka sewenang-wenangnya mengatakan Shafie munafik dan pembohong,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Batu 2 Jalan Mat Salleh, di sini kelmarin.

Terdahulu, Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melabel ketua menteri sebagai munafik kerana persekutua­n sebelum ini sudah memberikan peruntukan besar kepada Sabah, semasa berucap dalam kempennya di DUN Kuala Penyu.

Jaujan berkata, tidak mungkin hanya kerana mahu menuntut hak sendiri sudah dilabel sebagai munafik, sebenarnya mereka yang munafik kerana tidak menghormat­i perjanjian MA63 yang sudah termaktub semasa pembentuka­n Malaysia.

“Sepatutnya mereka sedar akan perbuatann­ya, sekiranya persekutua­n ikhlas mahu membangunk­an dan membantu negeri Sabah, mereka perlu memberikan hak Sabah semula.

“Jangan hanya berjanji dengan kata-kata manis kerana rakyat Sabah tidak lagi mudah percaya dengan semua janji kosong sebaliknya mahukan bukti persekutua­n serius membangunk­an Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Jaujan menasihatk­an semua calon dan jentera WARISAN supaya tidak mengikuti cara parti lawan berkempen yang selalu menggunaka­n katakata kesat dan provokasi.

Beliau berkata, dalam berkempen jangan sekalikali mengeluark­an kata-kata yang boleh menyakitka­n hati orang dan membuat provokasi kerana WARISAN mengajar kita erti hormat-menghormat­i.

“Kita harus berkempen secara berhemah, elakkan perkataan-perkataan yang berbaur sensitif dan kawal perasaan kerana rakyat melihat keperibadi­an pemimpin yang bertanding.

“Tujuan WARISAN menawarkan diri dalam PRN kerana untuk berkhidmat kepada rakyat, sudah tentu rakyat inginkan perkhidmat­an yang baik dan pemimpin bertanggun­gjawab serta dapat membela mereka,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak mahu pemimpin WARISAN mempunyai disiplin yang teruk dan terlibat dengan skandal rasuah seperti yang berlaku dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Disebabkan perbuatan pemimpin BN dahulu, mereka menerima padah dan ditolak oleh rakyat sehingga dapat ditumbangk­an setelah sekian lama menjadi kuasa besar di negara kita,” katanya.

Turut hadir calon WARISAN DUN Apas Datuk Amrullah Kamal.

 ??  ??
 ??  ?? KEMPEN: Jaujan (tengah) semasa mengadakan kempen di Batu 2 Jalan Mat Salleh, di sini.
KEMPEN: Jaujan (tengah) semasa mengadakan kempen di Batu 2 Jalan Mat Salleh, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia