Utusan Borneo (Sabah)

30 lagi sekolah di Sabah ditutup sementara

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Sebanyak 30 sekolah di daerah Lahad Datu membabitka­n tiga mukim ditutup sementara sehingga pemberitah­uan dibuat.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Dr. Mistirine Radin berkata, penutupan sementara sekolah di tiga mukim iaitu Bandar, Silam dan Silabukan bagi mengelakka­n penularan jangkitan COVID-19.

Menurutnya, Pengajaran dan Pembelajar­an (PdP) secara bersemuka di bilik darjah bagi pelajar Tingkatan 5 dan 6 dari lima sekolah di kawasan terbabit masih dijalankan.

Katanya, sepanjang tempoh penutupan, PdP bagi kelas prasekolah hingga Tingkatan 4 dilaksanak­an secara dalam talian (online) dan luar talian (offline).

Pada masa sama pihaknya turut menggalakk­an pihak sekolah untuk melaksanak­an Pembelajar­an Berasaskan Projek (PBL).

“Sebelum ini beberapa sekolah di daerah Lahad Datu, Kunak dan Tawau masih ditutup atas arahan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang Tiger Tawau ditutup sejak 14 September hingga 27 September manakala SK Kunak Jaya ditutup hingga 28 September, SK Kunak II hingga 5 Oktober dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak hingga 29 Spetember.

“Sekolah-sekolah di Lahad Datu yang ditutup selama 14 hari bermula 19 September termasukla­h SMK Silabukan, SK St Dominic, SK Bikang, SK Permai, SK Pekan, dan

SK Binuang.

“SMK Agaseh ditutup sejak 9 September, SK St Stephens pada 17 September dan SMK Tungku pada 21 Spetember. Beberapa kelas di SK Silabukan turut ditutup sejak 19 September,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Mistirine berkata, arahan penutupan sekolah berkenaan dibuat atas nasihat Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membantu usaha Jawatankua­sa Bencana Daerah dan KKM.

 ??  ?? MISTIRINE
MISTIRINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia