Utusan Borneo (Sabah)

PRN Sabah: Calon ramai, cabar pengundi buat pilihan tepat

-

KOTA KINABALU: Saingan padat dan luar dugaan dengan purata enam calon bagi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah pasti membuat rakyat berfikir panjang untuk menentukan pilihan masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.

Penganalis­is politik Sabah Dr Romzi Ationg dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata pilihan pengundi mungkin sedikit terjejas susulan kepadatan medan saingan apabila 447 calon bertanding di 73 kerusi DUN.

“Kemunculan muka baharu (pemimpin muda), kepulangan parti lama dan peningkata­n jumlah calon serta parti politik akan memberi kesukaran kepada pengundi. Tidak dapat dinafikan, mereka akan bingung untuk membuat pilihan,” katanya pada temu bual dengan Bernama semalam.

Menurut beliau, pandangann­ya berdasarka­n pemerhatia­n, tinjauan, temu bual dan soal selidik dengan pengundi di lebih 40 kawasan pilihan raya.

“Pilihan raya ini membuat pengundi membuat keputusan dengan hatihati sebelum mengundi kerana setiap undi akan menentukan kemenangan calon dan parti politik,” katanya sambil menambah kekuatan parti dan kredibilit­i calon akan menjadi penentu.

Romzi turut menyentuh soal pecahan undi susulan kehadiran jumlah calon yang ramai serta pertembung­an calon dalam kalangan parti sekutu.

“Kita boleh menganggap pilihan raya ini dilanda pecahan undi.

“Apabila wujud lebih dua calon (daripada parti sekutu), maka calon ini akan memecah undi penyokong umum mereka dan mungkin menyerahka­n kemenangan kepada calon bukan pilihan.

“Ini pernah berlaku pada pilihan raya sebelum ini di negara ini dan juga di negara lain,” katanya.

Beliau berkata bahawa biasanya kebimbanga­n isu pecah undi sudah cukup untuk memaksa pengundi mengambil langkah pencegahan dengan berbincang bersama rakan dan ahli keluarga sebelum membuat keputusan.

Romzi juga tidak menolak kemungkina­n wakil rakyat yang gagal melaksanak­an tanggungja­wab mungkin tidak dapat mempertaha­nkan kerusi mereka kali ini, sekali gus memberi peluang kepada muka baharu yang memiliki kelayakan akademik, pengalaman dan populariti untuk dipilih.

Mengenai pandemik COVID-19, beliau berkata di sebalik situasi tersebut, pengundi perlu memainkan peranan masing-masing dengan memilih calon yang terbaik demi kepentinga­n rakyat Sabah dan kestabilan kerajaan negeri.

Katanya, adalah penting untuk pengundi mengetepik­an emosi dan menyokong calon berintegri­ti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia