Utusan Borneo (Sabah)

Pengundi diminta beri peluang Perikatan Nasional kemudi DUN Silam

-

LAHAD DATU: Pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam perlu memberi peluang kepada Perikatan Nasional untuk mengemudi kawasan itu ke arah pembanguna­n yang mencakupi bentuk fizikal dan sosioekono­mi.

Calon Perikatan Nasional Abdul Hakim Gulam Hassan berkata masih terdapat banyak kekurangan dan kelemahan dalam hala tuju pembanguna­n di DUN Silam ketika ini.

“(DUN) Silam kawasan yang besar dan rakyat memerlukan pembanguna­n namun kita nampak kawasan itu (ada) banyak masalah yang perlu diselesaik­an.

“Masalah rakyat yang perlu dibela termasuk isu jalan raya, bekalan air dan elektrik, isu penempatan selain kita mahu mewujudkan peluang ekonomi untuk rakyat supaya dapat menjana pendapatan,” katanya ketika ditemui di sini.

Jika diberi peluang berkhidmat untuk rakyat, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu percaya beliau mampu membela nasib rakyat di kawasan itu.

Abdul Hakim juga berkata pembanguna­n Sabah akan terbantut sekiranya kerajaan negeri dan persekutua­n tidak sehaluan.

“Apabila sehaluan, pastinya hubungan bertambah kukuh dan rakyat di bawah menerima keuntungan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata meskipun tidur tidak sampai empat jam sehari sejak lebih seminggu lepas, perkara tersebut langsung tidak mematahkan semangat jentera Perikatan Nasional dan rakan sekutu untuk terus memantapka­n kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berbaki tiga hari lagi.

DUN Silam mempunyai sejumlah 17,395 pengundi berdaftar dan PRN Sabah ke16 menyaksika­n persaingan enam penjuru di kawasan yang sebelum ini dikenali sebagai DUN Lahad Datu.

Penyandang­nya, Dumi Pg Masdal turut memberi cabaran dan bertanding atas tiket calon Parti Warisan Sabah (Warisan) selain Ahmad Tiong daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Matusin Sunsang (Parti Cinta Sabah), Mohammad Hamdan Abdullah (USNO) serta Erwan Johan (Parti Perpaduan Rakyat Sabah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia