Utusan Borneo (Sabah)

Aliasgar pemimpin berjiwa rakyat mampu tawan Sulaman

-

TUARAN: Calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) N12 Sulaman Datuk Aliasgar Haji Basri mampu untuk menawan kerusi berkenaan walaupun terpaksa berhadapan dengan bapa saudaranya sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 ini.

Aliasgar berdepan dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, yang mempunyai ikatan keluarga iaitu sepupu kepada ibunya. Seorang lagi ialah Dato Haji Rekan Hussin dari Parti Cinta Sabah (PCS).

“Datuk Aliasgar adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat yang disenangi semua orang, tidak kira bangsa kerana beliau sentiasa mesra dan peramah,” kata Ketua Kampung Sri Bayu Tuaran Haji Adis Enjih.

Menurutnya, Aliasgar mampu menjiwai hati penduduk maka tidak hairanlah jika beliau banyak mendapat sokongan daripada pemimpin pemimpin di peringkat kampung.

“Di kala susah dan senang, sama ada majlis perkahwina­n atau keuzuran, kelibat Datuk Aliasgar sentiasa kelihatan.

“Rakyat sudah lama inginkan Datuk Aliasgar untuk ikut bertanding pilihan raya kerana beliau dilihat seorang pemimpin yang prihatin dan rapat dengan masyarakat sejak dahulu,” katanya.

Beliau yakin Aliasgar mampu mengalahka­n Datuk Hajiji Noor yang menjadi wakil rakyat di kawasan itu sejak 1990.

Aliasgar adalah seorang anak tempatan berkelulus­an dari Southern Illinois University (SIU) 1985 dan Ijazah Sarjana dari Universiti Malaysia

Sabah.

Katanya, Aliasgar diyakini mampu memberikan perspektif baru untuk Sulaman dari segi pembanguna­n fizikal dan pembanguna­n modal insan.

“Sepatutnya Sulaman sudah boleh berbangga sebagai sebuah kawasan yang maju dan membangun kerana diwakili wakil rakyat yang mempunyai kedudukan yang baik dalam kerajaan lalu tetapi hakikatnya masih ramai yang menderita dan memerlukan bantuan kemudahan asas seperti jalan raya dan sebagainya,” katanya.

Katanya, jika kerajaan

WARISAN Plus kekal memerintah dan tidak mengalami banyak gangguan, sudah pasti kerajaan boleh membawa kemajuan dan pembanguna­n untuk kesejahter­aan rakyat di negeri ini.

Dalam PRN 16, kawasan DUN N12 Sulaman yang mempunyai seramai 11,711 pemilih menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru antara Dato Rekan Haji Hussein dari Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Aliasgar Basri (WARISAN) dan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor (Perikatan Nasional).

 ??  ?? ADIS
BERJIWA RAKYAT: Adis dan jentera WARISAN sempat berswafoto dengan Aliasgar (empat kiri).
ADIS BERJIWA RAKYAT: Adis dan jentera WARISAN sempat berswafoto dengan Aliasgar (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia