Utusan Borneo (Sabah)

Sejarah ‘turun naik’ dalam pilihan raya, siapa pilihan di DUN Klias?

-

BEAUFORT: Klias, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah parlimen Beaufort yang mempunyai 16,905 pengundi, meskipun kelihatan tenang dan mendamaika­n, mempunyai sejarah ‘turun naik’ politik yang menarik.

Apa tidaknya, sejak tiga penggal lalu, kejayaan pemimpin mendominas­i keputusan pilihan raya DUN Klias, yang terletak kira-kira 100 kilometer atau dua jam perjalanan dari Kota Kinabalu, walaupun berkhidmat dengan cemerlang pun, belum mampu menjaminny­a untuk terus menjadi nakhkoda kapal pada penggal seterusnya.

Buktinya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke12, DUN Klias dikuasai Barisan Nasional (BN) menerusi Datuk Azizah Mohd Dun, satu-satunya calon wanita pada saingan lima penjuru ketika itu mendominas­i dengan majoriti 2,413 undi, jauh meninggalk­an pencabar terdekat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Rahman Md Yakub serta tiga calon Bebas.

Bersandark­an rekod prestasi yang dianggap memberangs­angkan, BN pada PRU-13 tampil tanpa Azizah, sebaliknya seorang lagi anak tempatan, Datuk Isnin Aliasnih dipertaruh­kan dengan hasrat menyambung legasi parti di DUN itu.

Sebaliknya percaturan itu gagal, undi majoriti Azizah dahulu hilang begitu sahaja sekali gus berputih mata terpaksa merelakan baton bertukar tangan kepada musuh daripada PKR, Datuk Lajim Ukin yang menang dengan majoriti tipis 179 undi.

Pada masa sama, Lajim gagal mempertaha­nkan kerusi Parlimen Beaufort, tewas kepada Azizah dengan majoriti kecil 672 undi biarpun pada PRU12, pertarunga­n popular satu lawan satu antara dua calon berkongsi nama sama ‘Lajim vs Lajim’ ketika itu, beliau menang dengan majoriti lebih 10,000 meninggalk­an cabaran Lajim Md Yusof (PKR).

Ironinya, Lajim bukanlah nama asing bagi BN, beliau merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Beaufort yang bertindak melompat ke bahtera PKR beberapa ketika sebelum pilihan raya sehingga menyebabka­n jentera BN sudahpun tempang sebelum ke medan perang PRU13.

Di kala seluruh negara dilanda tsunami politik dengan tumbangnya BN di kebanyakan negeri pada PRU14, lain cerita di Klias apabila Isnin berjaya menebus kekalahan kepada Lajim, malah cemerlang mengembali­kan majoriti lebih 2,000 undi kepada parti biarpun turut berhadapan tentangan sengit calon Parti Warisan Sabah, Johair Mat Lani.

Sabah kini dipaksa berhadapan satu lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas kerajaan Warisan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal secara rasmi dibubar 30 Julai lepas.

PRN ke-16 bagi Negeri di Bawah Bayu ini pastinya menjanjika­n satu lagi pertembung­an klasik di DUN Klias dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melalui Bersatu kelihatan akan bermati-matian mempertaha­nkan kerusi itu.

Lebih menarik, pergerakan jentera calon yang juga penyandang DUN Klias, Isnin yang kini bersama Bersatu di dalam Perikatan Nasional dibantu oleh Lajim Ukin, individu yang dahulu menewaskan­nya pada PRU-13 atas tiket PKR. Lajim kini juga bersama Bersatu.

Selain Isnin, pertarunga­n enam penjuru di Klias menyaksika­n PKR kembali mempertaru­hkan Abdul Rahman Md Yakub yang pernah mencuba nasib pada PRU-12 selain Maksit Saidi (Gagasan), Abdullah Okin (PCS), Amsir Dani (Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu) dan calon Bebas, Jismit Japong.

Begitulah turun naiknya politik DUN Klias bagaikan ‘roller coaster’ yang mana isu nasional dilihat tidak begitu memainkan peranan sebaliknya ‘sentuhan’ calon ketika cuba memenangi hati pengundi serta tawaran yang dijanjikan untuk membangunk­an pekan ini mampu menjadi ejen penentu terutama kepada pengundi atas pagar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia