Utusan Borneo (Sabah)

Seorang lagi pemimpin kanan WARISAN tinggalkan parti

-

SIPITANG: Seorang lagi pemimpin kanan WARISAN Sipitang yang juga merupakan Ketua Cawangan WARISAN serta Ahli Jawatan Kuasanya meninggalk­an parti bersamasam­a 59 ahlinya di Kampung Lubok Darat pada Ahad.

Suhaili Bair berkata demikian dalam Majlis Ikrar dan Ramah Mesra disamping perjumpaan Calon Barisan Nasional di Kampung Lubok Darat.

“Kami semua telah hilang kepercayaa­n terhadap kepimpinan WARISAN dan demi masa depan negeri ini kami sanggup keluar parti demi menyelamat­kan masa depan anak-anak kami,” katanya.

Menurutnya, langkah ini diambil setelah memerhatik­an senario politik masa kini dan beliau menolak sama sekali perjuangan WARISAN yang lebih mesra kepada PTI dan yang kedua kebajikan rakyat terabai seperti bantuan COVID-19 RM300 yang tidak diterima oleh rakyat.

“Kami keluar beramai-ramai tanpa sebarang paksaan dan hari ini kami telah masuk menjadi ahli UMNO/BN dengan keredhaan hati kami,” katanya.

Beliau menyeru agar masyarakat Sipitang bangun menolak WARISAN pada

PRN kali ini yang dikira gagal melaksanak­an tanggungja­wabnya dan membangunk­an Negeri Sabah.

Sebelum itu di Kampung Kalangsat seramai 150 orang penuduk kampung Pakian Kalangsat telah meninggalk­an WARISAN dan menyertai UMNO/BN.

Seorang lagi orang kanan kepada Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof

Hj Yacob iaitu Setiausaha Politiknya Rapahi Edris turut meninggalk­an WARISAN di hadapan Ketua Perhubunga­n UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin baru-baru ini.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Sindumin Sani Miasin ketika ditemui pada Isnin berkata ini adalah merupakan suatu petanda yang amat baik kepada BN dimana ramai ahli-ahli

WARISAN telah meninggalk­an parti itu.

“Mereka telah merasakan bahawa selama 26 bulan di bawah tampuk pemerintah­an WARISAN mereka telah mengalami pelbagai masalah sebab itulah mereka terpaksa meninggalk­an parti berkenaan,” katanya.

Kini rakyat lebih memahami akan peranan WARISAN yang tidak tahu macam mana untuk menjaga rakyat dan ahlinya kerana gagal menunaikan janji-janjinya.

“Dalam tempoh terdekat ini ada seorang lagi pemimpin kanan WARISAN akan meninggalk­an parti itu cuma masa dan tarikh yang akan menentukan­nya,” kata Sani.

Hadir sama kedua-dua bekas Wakil Rakyat Sindumin Datuk Ahmad Bujang dan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jamilah Sulaiman.

 ??  ?? SOKONG BN: Sani menyaksika­n Suhaili memakai baju biru tanda sokongan kepada BN.
SOKONG BN: Sani menyaksika­n Suhaili memakai baju biru tanda sokongan kepada BN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia