Utusan Borneo (Sabah)

Ewon berada di landasan terbaik

Untuk melakar kemenangan di Kadamaian pada PRN Sabah kali ini

- Oleh Safrah Mat Salleh

KOTA BELUD: Selepas lebih seminggu berkempen, calon Pertubuhan K ina balu Progresif Bersatu (UPKO), Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick dilihat berada di landasan terbaik untuk melakar kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini, sekali gus mempertaha­nkan kerusi itu yang dimenangin­ya pada Pilihan Raya Umum 2018.

Rata-rata pengundi DUN Kadamaian inginkan kerajaan negeri yang tidak dikongkong oleh Malaya dan merasakan WARISAN Plus pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang turut dianggotai UPKO merupakan pilihan terbaik buat rakyat Sabah.

Mantan Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Kota Belud Isnahraiss­a Munirah Majilis, Charlie Lim Foo Yung berharap semua rakyat Kadamaian memberikan sokongan padu kepada Ewon, bukan sahaja untuk memastikan kemenangan tetapi mendapat majoriti yang lebih besar.

“Kita pastikan Datuk Ewon menang sebab semua orang nampak apa yang beliau lakukan di Kadamaian selama dua tahun lebih sebagai wakil rakyat. Maka, adalah wajar rakyat Kadamaian memberikan sokongan penuh pada PRN Sabah kali ini.

“Dari segi pembanguna­n kita boleh nampak dengan jelas apa yang beliau usahakan dalam tempoh singkat dan adalah tidak adil membanding­kan pencapaian ini kepada mantan-mantan wakil rakyat yang berkhidmat lebih satu atau tiga panggal.

“Secara peribadi, saya boleh katakan, perkhidmat­an Datuk Ewon sebagai wakil rakyat adalah yang terbaik walaupun dalam masa yang singkat. Misalnya banyak dewan terbuka dan dewan penuh berjaya disiapkan berbanding mantan wakil rakyat sebelum ini,” katanya.

Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud Carlye Lajimin menyeru seluruh rakyat Kadamaian bersatu hati memberikan mandat sekali lagi kepada Ewon untuk meneruskan perkhidmat­an cemerlang dan kesinambun­gan momentum pembanguna­n yang lancar di Kadamaian.

“Kadamaian sudah melalui perjalanan yang jauh, daripada N9 kepada N7 dan kini N11. Kita bersyukur kerana selama ini Kadamaian sentiasa diberkati dan diberikan pemimpin-pemimpin berwibawa.

“Kita menghargai semua sumbangan dan khidmat mereka dan atas sumbangan mereka, Kadamaian kini lebih baik jika dibandingk­an pada masa ketika ia memulakan perjalanan­nya.

“Walaupun masa perkhidmat­an Datuk Ewon sebagai ADUN Kadamaian amat singkat, namun dalam masa itu, kita sudah melihat momentum kerja-kerja pembanguna­n di Kadamaian berjalan lancar.

“Kita sebenarnya bertuah kerana mempunyai seorang pemimpin seperti Datuk Ewon. Dengan latar pendidikan yang tinggi, etika kerja profesiona­l sudah terbukti, kebolehan dan keupayaan komunikasi semulajadi yang disenangi dan boleh menerobos semua peringkat,” katanya.

Menurutnya, Ewon juga mempunyai visi dan misi yang jelas dan paling penting, beliau berani membuat keputusan demi kepentinga­n rakyat Kadamaian terutamany­a berkaitan masalah tanah yang dihadapi penduduk kampung.

“Inilah pemimpin yang kita cari selama ini, beliau mempunyai pakej kepimpinan yang lengkap dan diyakini dapat membawa lebih banyak pembanguna­n di Kadamaian,” katanya.

Carlye berkata, UPKO, PBS dan PBRS pada mulanya adalah satu namun PBS bukan lagi seperti dahulu dan telah lari dari perjuangan asal. PBS kini sanggup bersama dengan PAS dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Sementara itu, Pengerusi MPKK Kg.Terintidon Idas Lumayan menyatakan sokongan padu kepada Ewon dan berharap beliau terus kekal menjadi Wakil Rakyat Kadamaian.

“Beliau (Ewon) satu-satunya wakil rakyat Kadamaian yang telah memperkena­lkan sumbangan untuk kelahiran dan takziah. Sumbangan itu diberikan kepada semua tanpa mengira fahaman politik.

“Sebelum ini, tiada sumbangan seperti ini. Datuk Ewon adalah satu-satunya wakil rakyat yang berpandang­an jauh dan dapat memikirkan apa keperluan rakyat yang sebelum ini tidak pernah difikirkan oleh wakil rakyat lain.

“Jadi adalah tidak adil perkhidmat­annya selama dua tahun ini dibandingk­an dengan wakil rakyat yang sudah berkhidmat lebih lima atau 10 tahun di kawasan ini,” katanya.

Idas berkata, walaupun ada yang membanding­kan perkhidmat­annya, “kita amat berpuas hati kerana dalam tempoh dua tahun sahaja pembanguna­n sangat rancak di kawasan Kadamaian, apa lagi kalau sampai lima tahun atau 10 tahun.”

Katanya, Ewon juga merupakan seorang wakil rakyat yang paling rajin turun padang dan mesra rakyat.

Ahli Kelab Belia Kg.Podos Fredy Golok berkata, dari segi pembanguna­n sukan untuk belia di kawasan Kadamaian, pelbagai kemudahan telah disediakan termasuk pembinaan gimnasium, padang, gelanggang sepak takraw dan sumbangan peralatan sukan.

“Belia di kampung ini sentiasa menyokong Datuk Ewon. Antara sumbangan untuk belia di kampung ini ialah padang yang amat kami perlukan kerana belia di kampung ini aktif sukan.

“Mungkin masih ada kampung yang belum menerima apa yang mereka perlukan tetapi kita memahaminy­a kerana dalam tempoh dua tahun ini tidak mungkin semua keperluan di 74 buah kampung di Kadamaian dapat dipenuhi.

“Oleh itu kami berharap, beliau terus kekal menjadi wakil rakyat Kadamaian untuk kesinambun­gan pembanguna­n di Kadamaian,” katanya.

Antara projek pembanguna­n berkaitan sukan yang dilaksanak­an di Kadamaian ialah, pembinaan padang, penaiktara­fan astaka padang dan pembinaan Bangunan Gimnasium di Kg Kiau (2018), Kg Tambulion (2019) dan Melangkap Tiong (2020).

Seorang lagi pengundi Kadamaian Sanial Angkat berkata, dalam dua tahun ini, Ewon telah melakukan banyak perkara termasuk membantu, memenuhi, melulus dan melaksanak­an keperluan-keperluan rakyat Kadamaian.

Beliau berkata, semua perancanga­n untuk membangunk­an Kadamaian telah dimasukkan dalam Pelan Induk Pembanguna­n Kadamaian 2020-2035 yang mana sebahagian­nya telah dilaksanak­an termasuk pembanguna­n Tamu Taginambur.

“Buku ‘Pelan Induk Pembanguna­n Kadamaian’ bukan sembaranga­n buku, tetapi ia merupakan satu dasar untuk membangunk­an Kadamaian.

“Selepas membaca buku ini secara keseluruha­nnya, saya mendapati ia mengandung­i aspirasi seorang pemimpin dan memenuhi keperluan-keperluan warga Kadamaian termasuk pembanguna­n infrastruk­tur, pelanconga­n, pertanian, ekonomi, sukan, kebudayaan, hal berkaitan tanah, alam sekitar dan keperluan keagamaan.

“Dalam buku itu mengandung­i satu analisa pada hemat saya, belum pernah dibuat oleh pemimpin terdahulu, analisa itu mengandung­i faktor kelemahan, kekuatan, cabaran dan peluang yang ada di Kadamaian,” katanya.

Sanial berkata, melalui pelan pembanguna­n itu rakyat Kadamaian akan dapat melihat kemajuan yang lebih pesat di kawasan mereka.

“Jika pengundi Kadamaian silap memilih maka, boleh jadi pemimpin lain itu akan melupakan atau mengganti perancanga­n yang berbeza...dan ini akan merugikan rakyat sendiri,” katanya.

 ??  ?? IDAS
IDAS
 ??  ?? CARLYE
CARLYE
 ??  ??
 ??  ?? CHARLIE
CHARLIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia