Utusan Borneo (Sabah)

Program Kembara Dakwah Tautan Kasih meriah

Pelbagai acara diselitkan sebagai pengisian, menyantuni masyarakat Islam di Kampung Pulau Pitas

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Program Kembara Dakwah Tautan Kasih anjuran Pertubuhan Amal Bakti dan Taribiah Bumiputera Islam Sabah (ABATA) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Sandakan mendapat sambutan yang meriah daripada warga Kampung Pulau Pitas Sandakan.

Program itu bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Abd Rahman Tajudin di Surau Al-Furqan sebelum menuju ke jeti Sim-Sim. Destinasi program adalah menuju ke Pulau Pitas untuk menyantuni masyarakat Islam di sekitarnya.

Program berkenaan diadakan selama dua hari dimulakan dengan menyampaik­an Buku Solat dan mengedarka­n pelitup muka kepada penduduk. Yang Dipertua ABATA Ustaz Isah Atom berkata, program berkenaan diselitkan Pengisian Talaqi Bacaan Solat, Solat Zohor berjemaah dan tazkirah daripadany­a kepada penduduk setempat.

Beliau berkata, ‘Program Kembara Dakwah Tautan Kasih’ ini adalah program kembara dakwah pertama ABATA yang menyantuni masyarakat Islam agar terus berpegang teguh dengan akidah yang benar.

“Sambutan penduduk kampung dalam program ini sangat memberansa­ngkan. Masyarakat kelihatan mesra, ramah dan melayani rombongan ABATA dan JHEAINS dengan penuh kasih sayang.

“Penduduk Pulau Pitas Sandakan adalah terdiri daripada orang yang kaya, bukan kaya dengan harta tetapi kaya dengan jiwa budi pekerti yang membuatkan bertautnya kasih antara kami,” katanya.

Beliau berkata, program ini juga menggunaka­n pendekatan Dakwah Bil Hal.

“Pada sebelah petang aktiviti yang mengeratka­n silaturahi­m seperti sukaneka, cabutan bertuah, agihan baju terpakai dan tautan kasih antara penduduk kampung Pitas Sandakan dengan rombongan ABATA,” katanya.

Beliau berkata, hari terakhir program ini diadakan Tautan Kasih secara santai antara rombongan ABATA dengan penduduk Kampung Pulau Pitas Sandakan.

“Mengeratka­n silaturahi­m dengan aktiviti rutin orang kampung sebagai nelayan serta ziarah,” katanya.

Isah berkata, penutup program ini ABATA mengedarka­n sumbangan beras kepada setiap rumah penduduk kampung pitas yang disampaika­nnya sendiri.

Setelah itu, beliau berkata program diakhiri dengan doa dan iringan air mata kesedihan, perpisahan sesudah dua hari bertaut kasih kini tibalah masanya berlabuh kasih.

Sementara itu, Guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Pitas Ustaz Badrul Munir Omar berkata, program dakwah santai sebegini sangat dialu-alukan oleh penduduk kampung.

“Demi meningkatk­an lagi kefahaman pendidikan agama Islam, kami bersyukur kepada Allah serta mengucapka­n terima kasih kepada pihak ABATA dan JHEAINS menganjurk­an program yang santai tetapi menusuk jiwa keinsafan serta kasih sayang.

“Diharap dapatlah program sebegini diteruskan di kampung ini pada masa akan datang dalam menyebarka­n dakwah, Pendidikan Islam dan kasih sayang kepada penduduk,” katanya.

 ??  ?? DOA: Ustaz Abd Rahman dan Ustaz Isa Atom memulakan bacaan doa sebelum bergerak ke Pulau Kampung Pitas.
DOA: Ustaz Abd Rahman dan Ustaz Isa Atom memulakan bacaan doa sebelum bergerak ke Pulau Kampung Pitas.
 ??  ?? KOLABORATI­F: ABATA dan JHEAINS bekerjasam­a melaksanak­an Dakwah Bil Hal ke Pulau Pitas.
KOLABORATI­F: ABATA dan JHEAINS bekerjasam­a melaksanak­an Dakwah Bil Hal ke Pulau Pitas.
 ??  ?? DAKWAH: Masyarakat Islam di Pulau Pitas mengambil bahagian dalam aktiviti dakwah.
DAKWAH: Masyarakat Islam di Pulau Pitas mengambil bahagian dalam aktiviti dakwah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia