Utusan Borneo (Sabah)

PNS sedia platform bantu usahawan setempat

-

KOTA KINABALU: Perbadanan Nasional (PNS) selaku agensi dibawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sentiasa membuka ruang kepada perniagaan industri francais yang berpotensi untuk dimajukan menerusi latihan dan konsultans­i selain menyediaka­n bantuan pembiayaan.

PNS menerusi Program BozFrancai­s kali ini dianjurkan di Sabah, memberi tumpuan terhadap perkembang­an ekonomi mikro untuk dikembangk­an ke peringkat lebih luas menerusi industri francais.

Menteri MEDAC Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, program sedemikian menjadi usaha sama yang positif bagi memperkasa­kan kedudukan usahawan setempat menerusi peningkata­n kesedaran mengenai industri francais.

Katanya, industri francais mampu membantu usahawan untuk menaik taraf sosio-ekonomi khususnya melalui program Tranformas­i Dalam Perniagaan (BIT) bagi memberi galakan usahawan mengembang­kan perniagaan mereka menerusi industri itu.

“Kerjasama antara MEDAC bersama PNS membuktika­n kementeria­n dan agensi mampu wujudkan jaringan kerjasama seterusnya melahirkan lebih banyak usahawan baharu lebih lagi dalam konsep perniagaan ini.

“Usaha ini sekali gus menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi terutama golongan sasaran,” katanya pada Program BizFrancai­s bagi menyediaka­n platform bantu usahawan, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Nasional (PNS) Mohd Hilaluddin Abd Shukor, Ketua Setiausaha MEDAC Datuk Seri Mohammad Mantek, Setiausaha Politik kepada Menteri MEDAC Datuk Seri Syed Hamzah Syed Pale, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) MEDAC Datuk Mohammad Radhi Abdul Razak dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n Usahawan) MEDAC Datuk Zamri Salleh.

Mohd Hilaluddin berkata, program itu adalah inisiatif turun padang PNS dirancang bertujuan memperkena­lkan perniagaan francais kepada golongan sasar dengan lebih dekat lagi.

Katanya, potensi industri francais tempatan masih luas untuk diterokai dan usahawan mikro terutamany­a perlu berani mengambil langkah proaktif untuk menyertai industri francais bagi mengembang­kan perniagaan.

“BizFrancai­s dapat memberikan kemudahan kepada bakal usahawan meningkatk­an sumber pendapatan dan membantu merancakka­n pertumbuha­n ekonomi industri francais selepas pandemik Covid-19.

‘Program tahunan ini juga menyampaik­an pelbagai maklumat berkaitan dengan perniagaan francais danskim pembiayaan serta latihan yang komprehens­if buat bakal usahawan,” katanya.

Katanya, program sehari itu membabitka­n penyertaan hampir 200 peserta terdiri daripada usahawan, bakal usahawan dan orang awam yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ilmu keusahawan­an terutamany­a dalam bidang francais serta bantuan ditawarkan PNS.

“PNS menganjurk­an tujuh program dalam siri jelajah BizFrancai­s di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sebagai usaha untuk mempromosi perniagaan francais secara menyeluruh.

“Lebih RM6 juta pembiayaan dikeluarka­n bagi tujuh program BizFrancai­s berlangsun­g pada tahun lalu bagi membantu usahawan francais.

“Manakala, kira-kira lebih RM1 juta daripadany­a adalah daripada program BizFrancai­s Sabah dan jumlah pembiayaan diluluskan PNS pada tahun lalu untuk usahawan negeri ini adalah sebanyak RM3 juta,” katanya.

Katanya, selain industri makanan dan minuman (F&B), PNS turut memberi keutamaan kepada sektor lain termasuk pelanconga­n (homestey), kecantikan, pendidikan awal kanak-kanak dan veterinar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif rantaian makanan segera 1901, Mohairi Mohamad berkata, program seperti itu menjadi platform terbaik buat usahawan mengembang­kan perniagaan dan menceburi industri francais.

“Program BizFrancai­s menandakan satu lagi inisiatif strategik untuk membantu usahawan tempatan menjana pertumbuha­n ekonomi selain perkongsia­n maklumat dan latihan yang berguna dalam meningkatk­an pendapatan perniagaan,” katanya.

Program itu turut menyampaik­an Skim Pembiayaan Pra Francaisor kepada dua syarikat terpilih iaitu Veonic Technology Sdn Berhad dengan nilai pembiayaan RM500,000 dan Borneo Vending Expert bagi nilai pembiayaan RM450,000.

 ??  ?? ALBUM: Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (depan, empat kiri), Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n, Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamad Mentek (depan, tiga kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Nasional (PNS) Mohd Hilaluddin Abd Shukor (depan, dua kiri) bergambar bersama usahawan setempat pada Program BizFrancai­s Sabah sedia platform bantu usahawan setempat di Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.
ALBUM: Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (depan, empat kiri), Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n, Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamad Mentek (depan, tiga kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Nasional (PNS) Mohd Hilaluddin Abd Shukor (depan, dua kiri) bergambar bersama usahawan setempat pada Program BizFrancai­s Sabah sedia platform bantu usahawan setempat di Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia