Utusan Borneo (Sabah)

474 pelajar baharu mendaftar di UMSKAL

-

LABUAN: Kira-kira 474 pelajar baharu Tahun Satu akan mendaftar di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) bagi Sesi Akademik 2020/2021 bermula pada 4 Oktober depan.

Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) Profesor Dr Jualang @ Azlan Gansau berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 402 akan melanjutka­n pengajian mereka di Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) dan 72 lagi di Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI).

Katanya, pendaftara­n kolej kediaman dan universiti bagi pelajar baharu akan bermula pada 4 Oktober sehingga 6 Oktober dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

“Pendaftara­n pelajar baharu akan diadakan selama tiga hari untuk memulakan sesi pengajian akademik pada kali ini.

“Mereka akan dibantu pegawai dan kakitangan Sektor Hal Ehwal Pelajar (SHEP), Sektor Perumahan Pelajar dan Hospitalit­i (SPPH) serta Pembimbing Suai Mesra (PSM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Minggu Suai Mesra (MSM) Sesi 2020/2021 di Bilik Mesyuarat Kiamsam, baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL Zamri Mohamad Tuah dan Ketua Sektor Hal Ehwal Pelajar (SHEP) Nur Iman Reedzal.

Dr Jualang berkata, pendaftara­n akan diadakan di Pusat Kemajuan Pelajar, Kolej Kediaman dan Dewan Utama UMSKAL.

Jelasnya, selepas selesai urusan pendaftara­n selama tiga hari itu, mereka akan mengikuti beberapa program sempena MSM termasuk Majlis Ikrar dan Aku Janji, Amanat Pengarah UMSKAL dan Pengenalan Pegawai UMSKAL pada 7 Oktober.

Selain itu, sesi bersama fakulti, sesi bersama mentor mentee dan sesi bersama Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) serta kuliah agama dan moral.

Katanya, program MSM pada tahun ini dilaksanak­an selari dengan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pengerakan dan Pemulihan (PKPP) dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an pelajar dan ibu bapa agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19.

Beliau bagi pihak Naib Canselor UMS Profesor Datuk ChM. Dr. Taufik Yap Yun Hin dan seluruh warga UMSKAL mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu dari Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia serta Labuan ke UMSKAL.

“Persiapan rapi telah dan sedang dijalankan bagi memastikan urusan pendaftara­n pelajar baharu berjalan lancar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia